Pihak pengurusan Masjid Besar Paris (The Grand Mosque of Paris), di sini menyatakan hasrat mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai mengiktiraf pusat penyembelihan mereka.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata hasrat itu disuarakan rektor masjid tersebut Dr Dalil Boubakeur ketika lawatannya ke masjid tersebut pada Selasa.
"Dalam pertemuan dengan Dr Dalil Boubakeur yang turut disertai Mufti Dr Khaled Abou Taleb dan Mufti Cheikh Bozidi hari ini, antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai permintaan mereka supaya Jakim dapat memberi pengiktirafan dan sijil halal untuk pusat penyembelihan masjid tersebut.
"Mereka menyatakan bahawa pusat penyembelihan mereka telah mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Jakim dan mahu Jakim memberi akreditasi dan pengiktirafan terhadap pusat penyembelihan mereka," katanya kepada Bernama dan RTM di sini.
Dr Wan Azizah berkata, beliau telah menyatakan kepada Dr Dalil Boubakeur bahawa hasrat itu akan disampaikan kepada pihak Jakim supaya tindakan seterusnya dapat diambil.
Ditanya mengenai tempoh masa untuk Jakim melaksanakan perkara itu, timbalan perdana menteri berkata ia bergantung kepada jabatan itu yang pastinya perlu melihat sendiri pusat penyembelihan itu dan memantau kerja-kerja penyembelihan.
"Pihak masjid tersebut memang ada sijil mereka sendiri, tapi mereka mahu pengiktirafan daripada Jakim, kerana mereka percaya dengan kredibiliti Jakim yang sangat meyakinkan," katanya.
Dr Wan Azizah yang dalam rangka lawatan kerja empat hari ke Perancis bermula Ahad, hari ini meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat masjid terbesar di Perancis itu dan menunaikan solat Jamak dan solat Sunat di situ.
Masjid itu yang mempunyai ruang solat, taman, perpustakaan kecil dan kafeteria, dibina pada 1922 sebagai memperingati 100,000 Muslim Algeria yang berperang untuk Perancis ketika Perang Dunia Pertama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2019
Dr Wan Azizah berkata, antara perkara yang dibincangkan dengan Dr Dalil Boubakeur, Mufti Dr Khaled dan Mufti Cheikh Bozidi ialah mengenai permintaan mereka supaya Jakim dapat memberi pengiktirafan untuk pusat penyembelihan masjid itu.
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
Op Noda: 46 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan
Polis menyerbu premis hiburan di Plaza Puchong, Cheras yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah, pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Tolak rasuah: Anwar seru NGO, gerakan belia tolak salah guna kuasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin
Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Kepimpinan Prabowo dijangka perkukuh produk minyak sawit
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Ribuan warga Perancis protes Parlimen gantung di Paris
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Paris pada Ahad sebagai protes terhadap parti haluang paling kanan, selepas pusingan kedua pilihan raya yang menyebabkan Parlimen digantung.
Ia susulan pakatan berhaluan kiri yang tidak dijangka mendapat kerusi paling banyak dalam pilihanraya Perancis.
Ia susulan pakatan berhaluan kiri yang tidak dijangka mendapat kerusi paling banyak dalam pilihanraya Perancis.
PM Perancis akan serah peletakan jawatan pada Isnin
Perdana Menteri Perancis Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
Penunjuk perasaan Israel protes di kediaman Netanyahu
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Baitulmaqdis berhampiran kediaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menuntut perjanjian pembebasan tebusan di Gaza dan menggesa pilihan raya diadakan, pada Ahad.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153.
Perkara itu dimaklumkan Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad dimana hanya dalam tempoh 24 jam lepas, 55 orang terbunuh dan 123 yang lain cedera angkara serangan tentera Israel.
Perkara itu dimaklumkan Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad dimana hanya dalam tempoh 24 jam lepas, 55 orang terbunuh dan 123 yang lain cedera angkara serangan tentera Israel.
Masjid Besar Paris mahu sijil halal Jakim
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata hasrat itu disuarakan rektor masjid tersebut Dr Dalil Boubakeur ketika lawatannya ke masjid tersebut pada Selasa.