BUKIT MERTAJAM: Tahap pematuhan dan kesedaran pengguna jalan raya untuk berhenti ketika lampu isyarat merah masih rendah, khususnya dalam kalangan penunggang motosikal.
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini, jabatan itu telah mengambil tindakan terhadap 57 pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang gagal mematuhi peraturan itu menerusi Ops Merah yang dijalankan selama tiga hari dan berakhir semalam.
Menurut JPJ negeri, penguatkuasaan secara berfokus itu dilakukan di dua daerah iaitu di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
"Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ Pulau Pinang menjalankan operasi itu ekoran aduan terdapat penunggang motosikal yang gagal berhenti ketika lampu isyarat merah dan kami akan meneruskan operasi tersebut dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
JPJ Pulau Pinang turut mengingatkan pengguna bahawa pengabaian peraturan itu boleh mengakibatkan kemalangan termasuk kemalangan maut.
Selain kesalahan melanggar lampu merah, 22 kesalahan lain seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insuran dan tidak memakai topi keledar turut dikesan dalam operasi itu. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023
![Masih ramai enggan berhenti ketika lampu merah - JPJ Masih ramai enggan berhenti ketika lampu merah - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442323894_TrafficLight.jpg)
Tahap pematuhan dan kesedaran pengguna jalan raya untuk berhenti ketika lampu isyarat merah masih rendah, khususnya dalam kalangan penunggang motosikal. - Gambar hiasan
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna.
Banjir: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.
[TERKINI] Setia City Mall beroperasi semula
Dalam kenyataan pada Ahad, pihak pengurusan pusat beli-belah itu memaklumkan mereka telah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
![CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739073324_tbCIMBSATUPEMIMPI.jpg)
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)
[TERKINI] Insiden tembak Setia Alam: Polis sudah kenal pasti penembak
Polis sudah mengenal pasti suspek terlibat dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi yang melibatkan warga tempatan.
![Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720922589_DonaldTrump.jpg)
Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya
Percubaan membunuh Trump kali pertama berlaku semasa kempen di Pennsylvania pada 13 Julai 2024.
AWANI Ringkas: DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Masih ramai enggan berhenti ketika lampu merah - JPJ Masih ramai enggan berhenti ketika lampu merah - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442323894_TrafficLight.jpg)
Masih ramai enggan berhenti ketika lampu merah - JPJ
Tahap pematuhan dan kesedaran pengguna jalan raya untuk berhenti ketika lampu isyarat merah masih rendah.
![Op Selamat: 342 saman potong barisan, langgar lampu isyarat merah dikeluarkan Op Selamat: 342 saman potong barisan, langgar lampu isyarat merah dikeluarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81651358727_SAMANPOTONGBAR.jpg)
Op Selamat: 342 saman potong barisan, langgar lampu isyarat merah dikeluarkan
Kesalahan yang dilakukan itu adalah antara penyumbang terbesar kemalangan yang boleh mengundang maut.
![Kempen kurangkan kemalangan motosikal perlu dipertingkat Kempen kurangkan kemalangan motosikal perlu dipertingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479031588_MotosikalGeneric.jpg)
Kempen kurangkan kemalangan motosikal perlu dipertingkat
Kempen kesedaran itu perlu kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
![Langgar lampu merah saman paling banyak Langgar lampu merah saman paling banyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51515586269_basikallajak.jpg)
Langgar lampu merah saman paling banyak
Dalam operasi selama dua jam yang berakhir pada pukul 12 tengah hari itu, sebanyak 34 motosikal turut disita polis atas pelbagai kesalahan.
![Indonesia rancang tutup semua daerah lampu merah menjelang 2019 Indonesia rancang tutup semua daerah lampu merah menjelang 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41456298003_Kalijodo.jpg)
Indonesia rancang tutup semua daerah lampu merah menjelang 2019
Kerajaan Indonesia merancang untuk menutup semua kawasan pelacuran atau 'daerah lampu merah' di republik itu menjelang tahun 2019.