Ramai yang melihat krisis politik yang melanda Selangor sebagai salah satu kelemahan dan hari yang mendukacitakan bagi penyokong Pakatan Rakyat.
Kemelut politik ini belum nampak ada penghujungnya biarpun tiga komponen utama kerjasama itu iaitu PAS, DAP dan PKR telah akhirnya bersetuju mencadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan penyandang jawatan itu Tan Sri Abdul Khalid.
Kemelut ini walau bagaimanapun kata Pakatan merupakan satu proses kematangan parti.
Menurut Penganalisis Gerakan Islam UIAM, Dr Maszlee Malik, masih ada lagi sifat tidak percaya sesama sendiri antara ketiga-tiga parti itu yang perlu diubah.
“Masih ada sifat tidak percaya ‘kawan sendiri’ di dalam Pakatan yang perlu diperbaiki.
“Sejauh mana sikap kematangan mendahului di dalam parti itu jika perkara asasi seperti saling menghormati dan setia sekata masih lagi lemah?” tanya Dr Maszlee.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan berkata dalam menjalani proses kematangan, masih lagi banyak masalah dalaman yang belum diselesaikan.
“Kemahiran koalisi atau bekerjasama itu perlu dikuasai parti jika mahu mara ke hadapan” kata Wan Saiful kepada Astro AWANI.
Kata Wan Saiful lagi, tiada undang-undang jelas di dalam parti ini dalam cara memilih Menteri Besar dan EXCO.
“Perkara itu yang perlu diselesaikan dan diperjelaskan dengan lebih awal” kata Wan Saiful lagi.
Dua tokoh muda ini berkata demikian ketika menjadi panel jemputan di rancangan Analisis AWANI pada Selasa yang membincangkan topik ‘Krisis MB Selangor : Halatuju PAS dan kecelaruan dinamisme Pakatan’.
KLIK DI SINI UNTUK VIDEO PENUH
Astro Awani
Tue Aug 19 2014
![Masih ada sifat tidak percaya sesama sendiri dalam Pakatan - Penganalisis politik Masih ada sifat tidak percaya sesama sendiri dalam Pakatan - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61408461126_295x200.jpg)
Analisis AWANI pada Selasa yang membincangkan topik Krisis MB Selangor : Halatuju PAS dan kecelaruan dinamisme Pakatan.
![Pasaran getah KL ditutup tinggi Pasaran getah KL ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677052357_TBgetah.jpg)
Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
![Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739364907_ArifHavasOegroseno.jpg)
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
#AWANIRingkas 12 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Februari 2025
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
![Kerajaan sedia kaji beri insentif nelayan ikan dalam sangkar di laut dalam Kerajaan sedia kaji beri insentif nelayan ikan dalam sangkar di laut dalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61528276375_SALAHUDDINAYUB.jpg)
Kerajaan sedia kaji beri insentif nelayan ikan dalam sangkar di laut dalam
Kerajaan sedia menimbang cadangan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) untuk menyediakan insentif kepada nelayan yang mengusahakan penternakan ikan dalam sangkar di laut dalam.
![Pengurusan banjir lebih efisien boleh kurangkan kerosakan - Pakar Pengurusan banjir lebih efisien boleh kurangkan kerosakan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/81419057665_295x200.jpg)
Pengurusan banjir lebih efisien boleh kurangkan kerosakan - Pakar
Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata pengurusan banjir yang lebih efisien boleh dilakukan agar kerosakan mahupun kemalangan mampu diminimumkan.
![Kenaikan harga minyak, barangan dan tarif jadi tumpuan rakyat selepas PRU - UMCEDEL Kenaikan harga minyak, barangan dan tarif jadi tumpuan rakyat selepas PRU - UMCEDEL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/51401248205_295x200.jpg)
Kenaikan harga minyak, barangan dan tarif jadi tumpuan rakyat selepas PRU - UMCEDEL
Tiga isu utama yang menjadi tumpuan itu adalah kenaikan harga minyak (48%), peningkatan harga barang (40%) dan kenaikan tarif elektrik dan air (32%).
![Pemain MU tak serasi dengan cara Moyes - MU Malaysia FC Pemain MU tak serasi dengan cara Moyes - MU Malaysia FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/51398273964_295x200.jpg)
"Pemain MU tak serasi dengan cara Moyes" - MU Malaysia FC
Menurut Raf Yaakob, rata-rata penyokong kelab Manchester United menyokong pemecatan David Moyes.
![Budaya dialog antara agama perlu dihidupkan Budaya dialog antara agama perlu dihidupkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/41389834620_295x200.jpg)
Budaya dialog antara agama perlu dihidupkan
Budaya dialog antara agama perlu dihidupkan dalam menjamin pemahaman dan amalan hormat-menghormati antara agama di negara ini.
![PRU14: 'Tokoh baru perlu muncul untuk PAS kekalkan Sungai Limau' PRU14: 'Tokoh baru perlu muncul untuk PAS kekalkan Sungai Limau'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/71383577314_295x200.jpg)
PRU14: 'Tokoh baru perlu muncul untuk PAS kekalkan Sungai Limau'
Apakah yang boleh dipelajari daripada PRK Sungai Limau? Analisis Awani semalam berbincang tentang keputusan dan kesinambungan daripada pilihan raya tersebut.
![Analisis AWANI: Proses pemilihan baru kesempatan baik UMNO kembalikan sokongan Analisis AWANI: Proses pemilihan baru kesempatan baik UMNO kembalikan sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/71381583452_295x200.jpg)
Analisis AWANI: Proses pemilihan baru kesempatan baik UMNO kembalikan sokongan
Proses pemilihan UMNO yang lebih terbuka dilihat sebagai kesempatan terbaik kepimpinan parti tersebut meningkatkan kembali sokongan rakyat untuk kekal memerintah.
![Analisis Awani: Memenuhi keperluan asas pendidikan menerusi Bajet 2014 Analisis Awani: Memenuhi keperluan asas pendidikan menerusi Bajet 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/61378132891_295x200.jpg)
Analisis Awani: Memenuhi keperluan asas pendidikan menerusi Bajet 2014
Bagaimana memperkasa pendidikan dan modal insan pelajar menerusi Bajet 2014?
![Ekosistem perniagaan Bumiputera harus diubah Ekosistem perniagaan Bumiputera harus diubah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/61363270225_120x90.jpg)
Ekosistem perniagaan Bumiputera harus diubah
Tidak ramai Bumiputera yang telah berjaya sanggup turun untuk memberi tunjuk ajar kepada ushawan Bumiputera yang baharu.
![Komuniti perniagaan Bumiputera harus diperbaiki Komuniti perniagaan Bumiputera harus diperbaiki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/61363270225_120x90.jpg)
Komuniti perniagaan Bumiputera harus diperbaiki
Ketua Pegawai Eksekutif NetCarbon, Mohd Rashdan Ramlee berkata golongan usahawan Bumiputera harus berhenti dari sikap menuding jari.