Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun Khamis menggesa penjawat awam Sabah supaya menyesuaikan diri mereka dengan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan awam.
Beliau berkata ini adalah kerana pembangunan ICT semasa berdasarkan pentadbiran pintar yang memerlukan penjawat awam supaya pantas dalam menyesuaikan diri dengan trend terkini supaya kekal relevan dalam melaksanakan pelan pembangunan.
"Penjawat awam yang tidak biasa dengan ICT mungkin membantutkan pelaksanaan berkesan sesuatu aplikasi terutamanya dalam memajukan kreativiti dan inovasi untuk memberikan perkhidmatan dan barangan yang berkesan dan menjimatkan kos," katanya pada majlis penutupan seminar ICT sektor awam di sini, Khamis.
Seminar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Komputer negeri, dihadiri kira-kira 170 peserta daripada kementerian itu dan agensinya.
Antara matlamat seminar itu ialah memperkenalkan konsep kerajaan pintar untuk pelaksanaan berterusan inisiatif e-kerajaan dan perkhidmatan dalam talian.
Sementara itu, Masidi yang memetik laporan pada 12 Jan lepas oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), berkata ia menunjukkan kerajaan negeri Sabah adalah pengguna tertinggi perkhidmatan dalam talian di dalam negara ini pada kadar 91.39 peratus.
Pada seminar itu Masidi juga melancarkan Twitter rasmi kementerian itu(@ke_pkas).
Bernama
Fri Oct 02 2015
MASIDI: Ia menunjukkan kerajaan negeri Sabah adalah pengguna tertinggi perkhidmatan dalam talian di dalam negara ini pada kadar 91.39 peratus. - Gambar Fail
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Syria kini dibebani pelarian Lubnan
Dalam tempoh hanya seminggu, serangan udara dan darat Israel di Lubnan memaksa lebih 200,000 orang melarikan diri merentasi sempadan ke Syria, yang sudah bertahun-tahun berdepan masalah perang saudara dan ancaman kebuluran.
Malaysia, Korea Selatan berhasrat tambah baik MoU ICT, fokus teknologi AI
Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
LHDN terima lebih 34 juta e-Invois sejak dilaksanakan Ogos lepas
Lebih 34 juta e-Invois diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada pembayar cukai sejak sistem itu mula dilaksanakan 1 Ogos lepas.
Tangani buli siber penting, wanita dapat ceburi bidang ICT dengan selamat - Teo
Kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap buli siber dan langkah sewajarnya untuk mencegah jenayah itu dengan berkesan.
Hajiji gesa warga pendidik Sabah budayakan pengajaran berasaskan ICT
Hajiji berkata kerajaan Sabah akan sentiasa menyokong usaha JPN untuk menjayakan hasrat sembilan fokus landskap pendidikan negeri.
Proses pengantarabangsaan universiti perlu disokong dengan aktiviti mahasiswa
Bagi Malaysia, pembangunan sistem pendidikan tinggi telah diberikan fokus oleh kerajaan termasuk pelan mengantarabangsakan sektor pendidikan tinggi.
Portal rasmi Halal Malaysia telah beroperasi semula pada Rabu lepas - JAKIM
Portal rasmi Halal Malaysia mula beroperasi kembali pada Rabu setelah tindakan pembaikan selesai dilakukan susulan pencerobohan yang dikesan pada 9 Dis lepas.
MCMC rancang bangunkan program latihan berkaitan kod teknikal
Ia bagi meningkatkan kualiti dan kebolehpercayaan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam negara.
Inisiatif JENDELA terima pengiktirafan antarabangsa dalam anugerah WSIS 2023
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan akhir pemenang akan diumumkan pada Majlis Anugerah WSIS 2023 anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sempena WSIS Forum 2023.
Sultan Selangor titah nazir guna ICT pantau aktiviti masjid
Sultan Selangor menitahkan nazir di semua masjid seluruh negeri memperuntukkan sebahagian daripada kewangan masjid bagi menyediakan kelengkapan ICT.
Malaysia perkukuh peranan ICT melalui penyertaan ADGMIN3
Fahmi telah mengetuai Delegasi Malaysia ke mesyuarat berkenaan yang diadakan pada 9 dan 10 Februari lalu di Boracay, Republik Filipina.