Aduan daripada pengguna perkhidmatan komunikasi dan multimedia mengenai rangkaian dan harga adalah antara yang tertinggi bagi 2018, kata Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM).
Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Yusoff, berkata pada tahun lepas aduan tertinggi dicatatkan adalah mengenai masalah rangkaian yang mencatatkan peningkatan sebanyak 54 peratus dengan jumlah sebanyak 1,919 aduan diterima berbanding 1,247 aduan pada 2017.
"Antara isu berkaitan di bawah kategori rangkaian yang paling banyak dilaporkan ialah mengenai gangguan perkhidmatan dan perkhidmatan tidak dapat digunakan. Gangguan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) merupakan aduan paling tinggi direkodkan pada 2018," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
CFM berkata aduan mengenai harga pula menunjukkan peningkatan ketara dari segi jumlah aduan yang diterima pada 2018 iaitu sebanyak 505 aduan berbanding tahun sebelumnya yang hanya menerima sebanyak 33 aduan.
"Aduan tentang harga meningkat bermula pada September sehingga akhir tahun lalu dan ia merupakan kali pertama kategori aduan ini menjadi lima kategori aduan tertinggi.
"Kami banyak menerima aduan tentang isu harga dan peningkatan aduan ini disebabkan oleh pakej-pakej baharu yang menarik serta kadar harga strategik yang ditawarkan kepada pelanggan baharu namun pelanggan sedia ada tidak berpuas hati kerana penyedia perkhidmatan menetapkan terma dan syarat yang tidak berpihak kepada pengguna," katanya.
Beliau berkata inisiatif kerajaan bagi mencapai 'pengurangan harga dan kelajuan berganda' adalah usaha yang memberi manfaat kepada pengguna namun ia bukanlah inisiatif yang dapat direalisasikan dengan mudah.
"Ia merupakan usaha yang memakan masa dan memerlukan usaha sama daripada pelbagai pihak," katanya.
Mohamad Yusrizal berkata pada tahun lepas, pihaknya menerima sebanyak 6,330 aduan yang mencatatkan peningkatan 33 peratus berbanding jumlah aduan yang diterima pada 2017 iaitu 4,746 aduan.
"Mengikut rekod CFM, aduan mengenai perkhidmatan selular kekal paling tinggi dari tahun ke tahun iaitu sebanyak 2,513 aduan pada 2018," katanya.
Katanya, aduan mengenai HSBB meningkat paling banyak pada tahun lepas iaitu sebanyak 2,337 aduan diterima berbanding pada 2017 iaitu sebanyak 714 aduan diterima CFM.
Beliau berkata peningkatan aduan HSBB adalah disebabkan oleh permintaan tinggi daripada pengguna yang inginkan perkhidmatan HSBB tersedia di kawasan mereka.
Mohamad Yusrizal berkata CFM sentiasa bertindak sebagai pemudah cara kepada pengguna dengan berkongsi petua dan panduan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sering dihadapi pengguna dalam perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia agar pengguna lebih peka dan tahu untuk mengamalkan kawalan kendiri.
Dalam pada itu, katanya CFM dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telah menyelesaikan 88 peratus aduan daripada jumlah keseluruhan aduan diterima dalam tempoh kurang daripada 15 hari. -- Bernama
Bernama
Thu Mar 28 2019

Pada tahun lepas aduan tertinggi dicatatkan adalah mengenai masalah rangkaian yang mencatatkan peningkatan sebanyak 54 peratus dengan jumlah sebanyak 1,919 aduan diterima berbanding 1,247 aduan pada 2017. - Gambar hiasan
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Lagi Power Win Gold: Menangi 1gm emas dengan Astro & Broadband!
Bukan sahaja dapat menikmati internet berkelajuan tinggi dan hiburan tanpa had dalam satu bil, malah anda berpeluang memenangi 1 gram emas!

Ultra Plug & Play Box baharu, kini boleh tonton Astro tanpa piring satelit
Kotak ini tidak memerlukan sebarang piring satelit kerana sajian kandungan Astro disiarkan secara perkhidmatan strim menerusi jalur lebar.

Masalah rangkaian dan harga aduan tertinggi 2018
Aduan daripada pengguna perkhidmatan komunikasi dan multimedia mengenai rangkaian dan harga adalah antara yang tertinggi bagi 2018.

Astro-Maxis IPTV tawar pelan lebih berbaloi serendah RM89
Pelanggan boleh menikmati 30Mbps pada RM89 sebulan atau 100Mbps pada RM129 sebulan, untuk pakej saluran Astro serendah RM39.95 sebulan.

TM perlu cari penyelesaian tingkatkan akses internet ke seluruh negara - Gobind
Beliau berkata menjadi dasar kerajaan untuk membekalkan akses Internet jalur lebar kepada semua dan memberi penekanan kepada kualiti perkhidmatan yang terbaik.

'1GB mana cukup' - Media Sosial
Ramai warga media sosial berpendapat kadar pakej jalur lebar baharu tetap mahal kerana mereka menggunakan lebih dari 1GB.