Masalah kesuburan dalam kalangan lelaki di negara ini didapati semakin meningkat dan turut menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin, kata Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah.
Beliau berkata, berdasarkan data LPPKN bagi tempoh 2010 hingga 2019, kira-kira 60 peratus ujian analisis sperma mencatatkan keputusan abnormal.
"Memandangkan 95 peratus lelaki dapat menjalinkan hubungan seksual secara normal, mereka tidak sedar bahawa mereka mungkin mengalami masalah kesuburan," katanya.
Abdul Shukur berkata, satu kajian antarabangsa mendapati, masalah ini semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini dan isu itu membabitkan tujuh peratus populasi lelaki dunia.
"Tahap kesuburan dalam kalangan lelaki berumur kurang dari 30 tahun juga telah menurun sebanyak 15 peratus," katanya.
Beliau berkata, isu kesuburan lelaki ini secara langsung menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam kalangan pasangan berkahwin berdasarkan dapatan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia yang menunjukkan peningkatan dari 6.9 peratus pada 2004 kepada 8.6 peratus pada 2014.
"Angka ini dijangka mencecah 10 hingga 12 peratus, menghampiri kadar global iaitu 10 ke 15 peratus sekarang," katanya.
Abdul Shukur berkata, senario itu suatu yang membimbangkan kerana boleh membawa kepada penguncupan generasi akan datang yang menjadi tonggak pembangunan negara pada masa depan.
Pada masa sama, beliau berkata kerjasama dalam kalangan suami bagi pasangan yang mendapatkan perkhidmatan di klinik LPPKN adalah sangat baik, iaitu 100 peratus hadir bersama pasangan dan menjalani rawatan seperti yang disyaratkan oleh lembaga itu.
"Ini menunjukkan persepsi golongan lelaki mengenai masalah kesuburan semakin berubah dan kesedaran mereka dalam hal ini semakin meningkat," katanya.
Beliau berkata, antara faktor yang menyumbang kepada isu kesuburan lelaki ialah masalah psikoseksual seperti kurang nafsu seks.
"Masalah ini juga boleh terjadi apabila terdapat keabnormalan penghasilan dan fungsi sperma akibat defek genetik, penyakit kencing manis, jangkitan seperti mumps (beguk), masalah varikosel (salur darah berpintal)," katanya.
Punca lain termasuk mati pucuk, ejakulasi pramatang, ejakulasi ke dalam pundi kencing, sekatan pada testis dan kerosakan organ reproduktif.
"Masalah kesuburan ini juga boleh disebabkan oleh faktor persekitaran iaitu pendedahan berlebihan kepada bahan kimia, radiasi, suhu panas, asap tembakau, kafein, dadah rekreasi selain kerosakan pada testis akibat kanser atau rawatannya," kata Abdul Shukur.
Mengenai rawatan, beliau berkata, LPPKN akan memberikan kaunseling kepada suami yang mengalami masalah seksual selain disaran mengambil ubat dan makanan tambahan tertentu jika perlu.
Bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma abnormal, mereka akan dirawat dengan ubat-ubatan terlebih dahulu dan jika gagal akan dirawat menerusi Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI) iaitu kaedah Teknologi Bantuan Konsepsi (ART) atau Rawatan Bayi Tabung Uji.
Abdul Shukur berkata, data LPPKN dari 2010 hingga 2019 menunjukkan, 75 peratus klien menjalani rawatan ART dengan 80 peratus daripadanya merekodkan persenyawaan. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 12 2020
Menurut Abdul Shukur Abdullah, berdasarkan data LPPKN bagi tempoh 2010 hingga 2019, kira-kira 60 peratus ujian analisis sperma mencatatkan keputusan abnormal. - Gambar BERNAMA
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Bidan, pengamal penjagaan ibu lepas bersalin perlu berdaftar - LPPKN
Rencana ini adalah mengenai keperluan menjadikan pusat penjagaan ibu selepas bersalin menjadi lebih selamat untuk ibu dan bayi.
Masalah kesuburan lelaki meningkat - LPPKN
Berdasarkan data LPPKN bagi tempoh 2010 hingga 2019, kira-kira 60 peratus ujian analisis sperma mencatatkan keputusan abnormal.
Polis tahan 12 individu terlibat insiden pergaduhan di Penampang dan Ranau
Polis Sabah menahan 12 individu dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di dua lokasi berasingan di daerah Penampang dan Ranau minggu lepas.