Kejadian seorang pelajar dikatakan menggantung diri selepas tidak dapat menghadapi tekanan disebabkan kerja sekolah yang terlalu banyak harus menyedarkan pihak-pihak berkaitan untuk bertindak kerana realiti masalah kesihatan mental juga mempengaruhi remaja, kata Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.
Justeru, beliau berkata lebih banyak kempen kesedaran mengenai kesihatan mental perlu dianjurkan di sekolah dan kerajaan juga harus melatih lebih banyak kaunselor dan ahli psikologi untuk membantu mereka yang mengalami stres, kegelisahan dan kemurungan.
"Saya sedih dengan tragedi ini. Perlu ada pendekatan kesihatan awam yang holistik oleh kerajaan yang mengambil pertimbangan kolaborasi lintas sektoral dan melatih NGO untuk menangani masalah sosial dan faktor psikososial yang menyumbang kepada kesihatan mental yang tidak baik.
"Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan juga perlu bekerjasama untuk membantu menangani masalah kesihatan mental di kalangan golongan muda," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Lee yang juga ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental berkata statistik polis menunjukkan bahawa terdapat lebih 500 kes orang bunuh diri atau cuba membunuh diri setiap tahun dalam tempoh empat tahun yang lalu.
BACA: Pelajar 13 tahun meninggal dunia selepas ditemui tergantung
Sejumlah 1,696 orang juga meninggal dunia kerana bunuh diri, manakala 625 gagal untuk bunuh diri antara 2014 dan Februari tahun lepas dan lebih ramai orang, terutama golongan belia, telah menghubungi Befrienders KL untuk berkongsi masalah mereka. Ia menerima 5,217 e-mel dan 26,927 panggilan pada 2017 berbanding 3,443 e-mel dan 24,821 panggilan pada 2016.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 mengenai kesihatan mental di kalangan belia mendedahkan bahawa salah satu daripada lima remaja berasa tertekan; dua daripada lima berasa bimbang; 11.2 peratus mempunyai idea untuk bunuh diri dan 10.1 peratus cuba bunuh diri, katanya.
Pada malam Sabtu lepas, seorang pelajar ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai bertindak menggantung dirinya dalam bilik air rumahnya di flat Jalan Paya Terubong, Taman Sri Relau, Georgetown, Pulau Pinang.
Siasatan polis mendapati remaja terbabit dikatakan kurang berminat untuk belajar selain prestasi pelajarannya yang agak lemah termasuk sering merungut kepada ibu bapanya mengenai kerja sekolah yang terlalu banyak.
Sementara itu, Presiden Persatuan Ikatan Guru-guru Muslim Malahysia (iGuru) Mohd Azizee Hasan berkata aspek keagamaan perlu diterapkan kepada anak-anak sejak di bangku sekolah rendah lagi agar mereka mempunyai sahsiah yang mantap.
Beliau berkata guru-guru perlu berperanan mengenal pasti kelebihan dan kelemahan anak murid serta kembali menghayati falsafah pendidikan negara yang bertujuan membangunkan potensi insan secara seimbang.
"Tugas guru bukan sekadar mencapai markah A tetapi juga sebagai pendidik. Pada masa sama ibubapa perlu memperuntukkan masa berbincang dengan pihak sekolah jika ada sebarang masalah berkaitan dengan pembelajaran anak- anak.
"Selain itu pihak PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) juga boleh menjadi penghubung antara ibubapa dan pihak sekolah. Antara usaha yang boleh dipertingkat di sekolah ialah memastikan peranan kaunselor di sekolah menjadi penting bagi membantu diri murid-murid terutama penekanan kepada aspek kerohanian." katanya.
Ketua Unit Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Fauziah Mohd Saad berkata ibu bapa perlu lebih peka terhadap simptom-simptom gangguan kesihatan mental yang dialami oleh anak mereka, khususnya golongan usia remaja.
Fauziah berkata tanda-tanda gangguan kesihatan mental termasuklah hilang minat terhadap aktiviti harian, menyendiri, perubahan kelakuan dan perubahan selera makan.
Fauziah berkata pendekatan yang digunakan ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk melegakan tekanan yang dihadapi anak-anak.
"Ibu bapa perlu alert dengan tanda-tanda ini dan dekati anak mereka dengan pendekatan yang lebih lembut atau memujuk berbanding pendekatan memberi arahan.
"Misalnya jika anak ada masalah pembelajaran, gunakan pendekatan memberi bantuan seperti tingkatkan fahaman mereka dalam pembelajaran dan bukannya memberi arahan mendesak mereka untuk lebih cemerlang atau merotan," katanya kepada Bernama.
Di peringkat sekolah pula, Fauziah berkata pihak sekolah boleh menganjurkan program-program berkaitan kesihatan mental termasuklah melakukan saringan kesihatan mental pelajar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 26 2019
Tanda-tanda gangguan kesihatan mental termasuklah hilang minat terhadap aktiviti harian, menyendiri, perubahan kelakuan dan perubahan selera makan. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Masalah kesihatan mental juga melibatkan remaja - Lee
Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, secara realiti masalah kesihatan mental juga mempengaruhi golongan remaja.
Ancam "rogol" guru, kanak-kanak terbabit mungkin sudah tahu maksudnya - Pakar Psikologi
Seorang ahli psikologi dari universiti tempatan berkata pendedahan yang keterlaluan kepada teknologi mungkin menjadi sebab mengapa kanak-kanak hari ini sering dikaitkan dengan isu-isu seksual.