Kementerian Pendidikan sedang menganalisis mekanisme baharu bagi mengatasi masalah lebih 30,000 guru yang berduka lara, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau menggunakan istilah duka lara bagi merujuk kepada guru yang terpaksa berjauhan dengan pasangan masing-masing akibat perbezaan tempat bertugas.
Katanya beliau telah mengarahkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) untuk mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula secara holistik sistem sedia ada dan mencari mekanisme baharu bagi mengatasi masalah berjauhan itu.
"Dalam tempoh tiga bulan dari sekarang apabila kajian siap, saya akan buat pengumuman apakah sistem dan formula yang baik.
"Saya amat bersimpati dengan guru-guru yang terpisah dengan suami atau isteri masing-masing sejak bertahun-tahun lamanya," katanya kepada pemberita pada majlis menyampaikan bantuan persekolahan di sini hari ini.
Beliau berkata BPSM dan BPSH juga turut diarah untuk mengkategorikan beberapa kriteria dalam mekanisme tersebut iaitu bagi kategori pertama merupakan suami dan isteri yang masing-masing adalah guru, kategori kedua hanya seorang daripada pasangan suami isteri itu merupakan guru dan ketiga tempoh masa pasangan suami isteri itu berjauhan.
"Walaupun sistem 'traffic light' yang diguna pakai sekarang adalah baik, namun ia tidak mampu menyelesaikan masalah guru duka lara memandangkan ia lebih berdasarkan kepada kekosongan guru bagi mengajar subjek tertentu di sesebuah sekolah.
"Kita ada dua pilihan, ikut keperluan subjek ada atau kita selesaikan masalah perpisahan suami isteri. Ini yang sedang dirumuskan dan perkara ini sedang dibuat analisis," katanya.
Sistem traffic light ialah bagi membantu guru memilih negeri untuk mereka bertukar berdasarkan warna iaitu hijau bermaksud terdapat kekosongan manakala merah bermaksud jawatan telah diisi penuh.
Mahdzir berkata kelulusan permohonan pertukaran bergantung kepada tiga perkara utama iaitu keperluan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di negeri yang dipohon.
Mengenai sekolah yang dijangka mengalami banjir, beliau berkata sekolah yang berisiko dilanda banjir seperti di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah telah dikenal pasti untuk dipantau bagi tindakan persediaan.
"Saya beranggapan semua Pejabat Pendidikan Daerah sudah bersedia sekiranya berlaku banjir, sama ada sekolah akan dijadikan pusat pemindahan dan lain-lain lagi," katanya.
Beliau berkata setakat ini hanya sebuah pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia iaitu Sekolah Menengah St Paul di Beaufort, Sabah, yang terpaksa dipindahkan ke pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort akibat banjir.
Bernama
Sat Nov 28 2015
MAHDZIR: Dalam tempoh tiga bulan dari sekarang apabila kajian siap, saya akan buat pengumuman apakah sistem dan formula yang baik. -Gambar fail
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Pengorbanan jururawat hadapi krisis COVID-19
Berhadapan krisis COVID-19, Mohd Erwan berkata ia adalah pengalaman paling mencabar serta menguji ketahanan mental dan fizikal sepanjang 15 tahun beliau bertugas sebagai jururawat.
Masalah guru 'duka lara' akan diatasi - Mahdzir
Beliau menggunakan istilah duka lara bagi merujuk kepada guru yang terpaksa berjauhan dengan pasangan masing-masing akibat perbezaan tempat bertugas.