Kerajaan negeri Johor akan membuat penyaluran air dari Sungai Lenggor ke Loji Rawatan Air Tenglu di Mersing bagi menyelesaikan krisis air yang melanda daerah itu sejak April lalu.
Penyaluran itu dibuat serta merta secara berperingkat yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kos penyaluran air sejauh 30 kilometer menelan belanja hampir RM50 juta.
"Bagi mengatasi isu air seperti di Mersing, kita sudah memutuskan secara serta merta untuk membuat sambungan pemindahan air dari Sungai Lenggor.
"Ia akan melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta serta merta dan kita harus tahu juga kita memerlukan kerjasama rapat dengan kerajaan Pusat kerana kira perlukan persetujuan peruntukan dan sebagainya. Bagaimanapun, kita tidak boleh menunggu dan kita dulukan dengan bajet atau peruntukan negeri," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di sini.
Krisis air di Mersing berpunca daripada keadaan Empangan Congok, Mersing yang dikesan semakin kritikal akibat kurang taburan hujan.
Ia mengakibatkan empangan berkenaan mengalami penurunan paras air secara mendadak sehingga catuan air perlu dibuat selama lebih empat bulan.
Astro Awani
Wed Aug 31 2016
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kos penyaluran air sejauh 30 kilometer menelan belanja hampir RM50 juta. - Foto Bernama
UNGA 79: Delegasi Malaysia tinggalkan dewan, saat kemunculan Netanyahu
Kesemua negara yang menyatakan sokongan kepada Resolusi Palestin yang berpandukan keputusan ICJ dan UNSC, turut melakukan tindakan sama.
Ketua Audit Negara pertahan kerusi ahli ASOSAI Governing Board
Terdapat peningkatan dari 26 undi yang diperoleh pada 2021 untuk Ketua Audit Negara jadi ahli ASOSAI Governing Board bagi tempoh 2021-2024.
[TERKINI] UNGA 79: Delegasi Malaysia tinggalkan dewan, saat kemunculan Netanyahu
Delegasi Malaysia antara kumpulan yang meninggalkan dewan perhimpunan agung sebelum giliran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyampaikan perbahasan umum di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pada sesi itu juga, kesemua negara yang menyatakan sokongan kepada Resolusi Palestin yang berpandukan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC), turut melakukan tindakan sama.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pada sesi itu juga, kesemua negara yang menyatakan sokongan kepada Resolusi Palestin yang berpandukan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC), turut melakukan tindakan sama.
[TERKINI] Serangan Israel di Beirut: Reaksi AS
AS acap kali mengatakan akan meredakan ketegangan di Asia Barat namun ia kelihatan gagal mengawal rakan sekutu Israel daripada terus mengganas.
Satu PPS baharu dibuka, mangsa banjir di Kedah meningkat
Air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap dan Sungai Perik di Kampung Perik, melebihi paras bahaya.
[TERKINI] Rejim zionis serang Beirut ketika UNGA-79 berlangsung
Ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bansga Bersatu sedang berlangsung di New York dan Israel diberi pentas berucap, negara haram itu membedil secara besar-besaran Beirut.
[TERKINI] Arab Saudi kecam Israel rosakkan perjanjian keamanan Asia Barat
Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Farhan Al Saud berkata Perdana Menteri Israel merosakkan perjanjian keamanan yang cuba dicapai di Asia Barat dengan mengabaikan keperluan wujudnya negara Palestin.
11 wartawan veteran Bernama terima Anugerah Wartawan Sepanjang Hayat
Mengiktiraf komitmen mereka terhadap amalan standard tertinggi kewartawanan dan dalam menegakkan prinsip integriti, keadilan dan kebenaran.
[TERKINI] PBB sokong gencatan senjata segera selesai krisis Asia Barat
Ini pula reaksi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai situasi yang semakin memburuk di rantau Asia Barat dengan serangan terbaharu Israel ke atas Beirut Lubnan.
Menurut Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres, pihaknya menyokong gencatan senjata segera bagi mngembalikan keamanan.
Menurut Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres, pihaknya menyokong gencatan senjata segera bagi mngembalikan keamanan.
[TERKINI] Israel serang Beirut: Konflik skala besar akan terjadi?
Israel menambah jumlah bedilan ke atas Beirut atas alasan mahu menghapuskan Hezbolah. Namun angka kematian orang awam terus meningkat. Adakah ia akan mencetuskan krisis pada skala lebih besar?
Masalah air di Mersing selesai dalam tempoh 6 bulan - MB Johor
Kerajaan negeri akan membuat penyaluran air dari Sungai Lenggor ke Loji Rawatan Air Tenglu di Mersing bagi menyelesaikan krisis air yang melanda daerah itu sejak April lalu.