BEIJING: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ahli perniagaan Malaysia di luar negara untuk memudahkan lebih banyak pelaburan kembali ke dalam negara.
Perdana Menteri berkata, tumpuan utama adalah untuk membina semula negara menerusi pelaburan domestik dan asing.
Anwar berkata, tidak mengapa untuk melabur di luar Malaysia tetapi apa yang diperlukan ialah memfokuskan semula pelaburan ke Malaysia.
“Negara kita (memerlukan) pelaburan besar-besaran dan domestik.
“Saya di sini untuk anda. Tetapi sudah tiba masanya untuk memfokuskan semula pelaburan ke Malaysia,” katanya pada Jumaat malam
Perdana Menteri berucap pada majlis iftar bersama hampir 300 tetamu termasuk pemimpin Muslim China dan delegasi perniagaan di sebuah hotel, di sini.
Dalam ucapan sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan sekali lagi memberi pesanan kepada anggota Kabinet agar melakukan apa sahaja untuk memudahkan urusan perniagaan di Malaysia.
Jelas Perdana Menteri, ia termasuk mengelakkan berlaku sebarang kelewatan dan menanggung kos tambahan.
Sementara itu, dalam pertemuannya dengan Presiden China Xi Jinping, Anwar berkata beliau kagum dengan sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh tokoh negara itu.
Begitupun, Anwar sekali lagi menegaskan ucapan beliau pada Forum Tahunan Boao untuk Asia 2023 bukan kerana dirinya pro-China, tetapi ‘pro kepada perkara yang betul’.
“Bagaimana beliau berbudi pekerti yang tinggi dan bergurau dengan saya tentang (agenda) Madani, ASEAN, dan sebagainya,” ujarnya.
Terdahulu, Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Jinping di Great Hall of the People.
Perdana Menteri disambut oleh Jinping sebaik tiba sebelum kedua-dua mereka meneruskan mesyuarat yang berlangsung hampir sejam.
Sementara esok, Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya, Li Qiang dan menerima sambutan rasmi oleh Kerajaan China.
Anwar dijangka mengumumkan pelaburan baharu yang merupakan komitmen tertinggi kerajaan sebaik lawatan rasmi beliau ke China berakhir esok.
Hasimi Muhamad
Fri Mar 31 2023
Perdana Menteri berkata, tumpuan utama adalah untuk membina semula negara menerusi pelaburan domestik dan asing. - Bernama
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Malaysia, Vietnam sepakat perkasa pelbagai bidang termasuk Grid Kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usahasama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
Hubungan dua hala baik dengan empat negara dikunjungi buahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata ini boleh dilihat menerusi persetujuan Mesir untuk meningkatkan jumlah import sawit dari Malaysia serta menjadi pelabuhan bagi eksport produk sawit ke negara-negara Afrika yang berjiran.
Dakwaan rasuah: Siasatan terhadap ADUN Sabah diteruskan, tiada usaha sekat - PM
SPRM telah memaklumkan bahawa ADUN-ADUN terbabit telah dipanggil bagi membantu siasatan yang dikaitkan dengan mereka.
'Tak apalah Bersih bagi D... bukan F' - PM Anwar
Perdana Menteri optimis pentadbirannya akan mencapai 'gred' yang lebih baik pada masa akan datang.
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa tidak jejas hubungan dagangan dengan AS - Anwar
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan AS.