Operasi di pintu masuk di sempadan Malaysia dan Brunei yang kini dibuka dari 6 pagi hingga 10 malam akan dilanjutkan sehingga 12 malam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata perkara itu dicapai hasil persetujuan bersama antara beliau dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dalam pertemuan di sini hari ini.
"Dari segi (waktu operasi) pintu masuk sekarang, terdapat kesukaran dalam kalangan orang ramai, sama ada dari Brunei ke Malaysia atau Malaysia ke Brunei.
Tempoh pembukaan di pintu masuk hanya sehingga 10 malam.
"Tuanku dan saya dah setuju untuk dilanjutkan sehingga 12 malam supaya perhubungan antara kedua-dua negara berjalan dengan lebih lancar," katanya dalam sidang media pada akhir lawatan beliau ke Brunei di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila tarikh pelanjutan waktu operasi di pintu masuk sempadan itu akan mula dikuatkuasakan.
Katanya kajian juga akan dilakukan untuk melancarkan perjalanan antara Brunei dengan Sabah dan Sarawak berikutan pasport perlu dicap banyak kali kerana terdapat banyak pintu masuk di sempadan kedua-dua negara.
Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Brunei, yang merupakan agenda utama dalam Rundingan Tahunan Pemimpin kali ke-19, di Istana Nurul Iman di sini.
Pertemuan Najib dan Sultan Hassanal Bolkiah berlangsung selama satu jam 15 minit. Kedua-dua pemimpin turut menyaksikan pemeteraian dokumen-dokumen antara kedua-dua negara.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
KERJASAMA BIDANG PERTAHANAN
Mengulas lanjut berkenaan pertemuan dengan Sultan Brunei, Najib berkata Sultan Hassanal Bolkiah juga telah bersetuju untuk memberikan empat helikopter Black Hawk terpakai kepada Kementerian Pertahanan Malaysia.
"Tuanku dan sahkan perkara ini akan dilaksanakan. Perkara ini akan disusuli nanti oleh Datuk Seri Hishammuddin selaku Menteri Pertahanan. Kerjasama bidang pertahanan (Malaysia-Brunei) berada pada tahap yang baik," katanya.
Perdana Menteri berkata dalam soal pertahanan juga, Malaysia telah mewujudkan "sea based platform" di perairan Sabah, dan pihak Brunei terutama angkatan tenteranya boleh mewujudkan platform yang sama di perairan negara itu.
Najib berkata dalam pertemuan dengan Sultan Brunei itu, kedua-dua pihak juga bersetuju supaya nelayan yang melakukan aktiviti perikanan di kawasan tradisional tidak akan dihalang berbuat demikian jika termasuk ke kawasan perairan kedua-dua negara.
"Mereka ini tak kenal antara kawasan (perairan) Malaysia dan Brunei," katanya.
Katanya kedua-dua negara juga akan meneruskan usaha penentuan tanda sempadan darat di kawasan yang masih belum dimuktamadkan.
LEBUHRAYA PAN BORNEO
Mengenai pembinaan Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei yang dijangka siap enam tahun lagi, Najib berkata kerajaan Brunei akan membuat perancangan awal supaya bahagian lebuh raya yang melalui Brunei akan mempunyai kemudahan asas tambahan untuk keselesaan pengguna lebuh raya itu nanti.
Katanya hubungan yang terjalin selama ini antara kedua-dua negara akan terus dijadikan landasan untuk mengorak langkah ke hadapan serta menambah baik apa yang diusahakan, selain mencari bidang kerjasama yang baharu dan boleh diterokai bersama antara Malaysia dan Brunei.
Dalam aspek ASEAN, Najib berkata Sultan Brunei menyatakan bahawa negara itu akan terus memberi sokongan kepada Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini.
"Dalam isu kompleks dan sensitif seperti Laut China Selatan dan tuntutan kawasan bertindih, perpaduan negara terlibat terutama negara-negara ASEAN yang ada tuntutan adalah amat penting. (Menerusi)
Perpaduan ASEAN kita pastikan kita selesaikan masalah ini melalui rundingan dan berdasarkan prinsip yang sudah termeteri dalam "deklarasi tatalaku'.
"Harap dalam rundingan-rundingan selanjutnya akan menjamin Laut China Selatan sebagai kawasan yang aman dan bebas yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan dan kestabilan rantau ini," katanya.
Bernama
Tue Aug 11 2015
Pertemuan antara Najib dan Sultan Hassanal Bolkiah meliputi isu kerjasama pertahanan, persempadanan dan infrastruktur perhubungan antara negara. - Foto Bernama
GV11: 'Saya bersedia dikritik Datuk Shafinaz' - Ning Baizura terbuka dikomen juri, rakan industri
Ning Baizura bersedia menerima kritikan, terutama daripada juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, dan bersikap profesional terhadap teguran.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Menurut Pesuruhjaya Pembangunan Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area, Maisie Chan, Hong Kong memainkan peranan unik sebagai pintu masuk antarabangsa ke Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area (GBA), di bawah konsep ‘satu negara, dua sistem’. Ini membolehkan perniagaan Malaysia memanfaatkan potensi pasaran yang berkembang pesat ini.
Manfaat ekonomi hasil lawatan kerja Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhir lawatan kerja ke China dari 4 November hingga 7 November, dengan potensi eksport bernilai RM3.2 bilion.
Rangkaian 5G kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
MCMC akan mengenakan beberapa syarat kepada U Mobile untuk memastikan tatakelola dan kelancaran rangkaian 5G Kedua negara.
34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan
Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo.
[TERKINI] Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sedang menyiasat kejadian serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12).
Dalam kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera kini selamat sampai ke destinasi di Kem Marakah.
Dalam kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera kini selamat sampai ke destinasi di Kem Marakah.
KKM tegaskan penggunaan ubat generik selamat dan berkesan
Semua ubat, termasuk ubat generik, perlu melalui penilaian ketat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk memastikan kualiti, keselamatan, dan keberkesanan.
BRICS Urban Future Forum platform dialog mampan
World Urban Forum 2024 yang sedang berlangsung di Kaherah, Mesir, menjadi medan pertemuan cendekiawan yang memberi fokus kepada perkongsian dan percambahan idea untuk pembangunan yang lebih mampan dan berkualiti untuk penduduknya.
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop berada di lapangan ada butirannya.
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop berada di lapangan ada butirannya.
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
14,000 penduduk California diarah berpindah
14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California.
Kebakaran hutan besar di California memaksa lebih 14,000 penduduk dipindahkan setakat Khamis.
Kebakaran hutan besar di California memaksa lebih 14,000 penduduk dipindahkan setakat Khamis.