INSTITUT Masa Depan Malaysia (MASA) sentiasa menekankan kepentingan langkah proaktif dan berterusan untuk meningkatkan tugas dan peranan setiap guru dalam memacu transformasi sektor pendidikan, di samping menyediakan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran untuk generasi masa depan.
Peranan guru dalam memanfaatkan ruang digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat semakin penting. Ini sejajar dengan Anjakan 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Pendidikan digital kini merupakan salah satu pemacu utama dalam perkembangan ekonomi negara. Penguasaan dalam kemahiran digital menjadi semakin penting dalam era Revolusi Industri 4.0 dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teknologi.
Walau bagaimanapun, kesemua agenda ke arah pembangunan digital ini akan hanya menjadi kenyataan retorik semata-mata sekiranya jurang digital masih meluas dan gagal diatasi dalam negara.
Dapatan kajian Tahap Kompetensi Digital Guru yang dilaporkan di dalam dokumen Dasar Pendidikan Digital 2023 menunjukkan hanya 2.2 peratus guru berada pada tahap lanjutan, 39.9 peratus pada tahap pertengahan dan 57.9 peratus pada tahap asas.
Dokumen yang sama turut melaporkan, bahawa kesediaan peralatan komputer, peranti digital, perisian dan perkhidmatan jalur lebar sekolah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia masih berada di bawah purata dalam kalangan negara OECD.
Selain itu, faktor pemilikan gajet, selain status murid itu sendiri yang sebahagiannya tinggal di kawasan yang tidak mempunyai liputan jalur lebar yang stabil atau terhad, merupakan antara cabaran utama dalam proses pendigitalan pendidikan di Malaysia.
Oleh itu, masalah kemiskinan digital perlu ditangani terlebih dahulu sekiranya pendidikan digital menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan kita.
Dalam hal ini, MASA turut senada dengan laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia baru-baru ini yang menyatakan tahap kesediaan digital dan kepakaran guru yang terhad. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) harus memandang serius laporan Bank Dunia berhubung perkara ini sebagai peluang untuk menambah baik perkhidmatan dan infrastruktur digital di sekolah, terutama di kawasan luar bandar.
KPM juga harus mengutamakan kepentingan memperkenalkan lebih banyak program pembangunan kapasiti berkaitan ICT untuk guru, pelajar dan pentadbir sekolah. Tumpuan perlu diberikan terhadap penyediaan infrastruktur dan teknologi kerana pembelajaran dan pengajaran berasaskan teknologi mempunyai kapasiti untuk meningkatkan pemikiran kritis, pengalaman pembelajaran serta prestasi akademik.
Dengan menyepadukan teknologi ke dalam kurikulum sekolah, contohnya, akan menambah baik kaedah pengajaran dan membolehkan guru mengembangkan kandungan buku teks serta mencipta situasi pembelajaran bilik darjah yang lebih realistik dan berpusatkan pelajar. Semua ini akan membuka lebih banyak pilihan ke arah perkembangan dan kemajuan pelajar.
Dasar Pendidikan Digital, yang diperkenalkan KPM tahun lepas dan berkuat kuasa sehingga 2030, adalah satu keperluan yang tepat pada masanya. Namun, ia hanya dapat mencapai matlamatnya dengan adanya infrastruktur yang betul dan isu berkaitan kemiskinan digital dalam kalangan rakyat ditangani. Pendigitalan pendidikan adalah penting tetapi tanpa prasarana dan perkakasan yang perlu, dasar ini akan menjadi tidak berkesan.
Sejajar dengan komitmen MASA yang mendokong agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan PPPM 2013-2025, kami menggesa KPM mempergiat lagi usaha dan inisiatif bagi mengemudi pemulihan, reformasi dan transformasi pendidikan di negara ini, khususnya di era digitalisasi kini.
Selamat Hari Guru!
Azril Mohd Amin
Ketua Pegawai Eksekutif
Kenyataan Media
Wed May 15 2024
MASA berkata, Kementerian Pendidikan harus memandang serius laporan Bank Dunia sebagai peluang untuk menambah baik perkhidmatan dan infrastruktur digital di sekolah, terutama di kawasan luar bandar.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
MASA gesa KPM tangani masalah kemiskinan digital
Dasar Pendidikan Digital hanya dapat mencapai matlamat dengan infrastruktur yang betul dan menangani isu berkaitan kemiskinan digital.
UiTM ambil langkah kerjasama strategik untuk perkasakan graduan - Pro Canselor
UiTM telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan beberapa rakan strategik termasuk agensi kerajaan dan industri sebagai antara langkahnya untuk memperkasakan graduan keluarannya.