KUALA LUMPUR: Warga Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) diseru untuk bersama-sama membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam melaksanakan pelbagai strategi demi untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata usaha itu bagi memastikan sekuriti makanan menjadi agenda utama untuk menjaga kebajikan rakyat serta memastikan daya tahan negara di tahap yang tinggi untuk mendepani pelbagai cabaran global.
Katanya, pelbagai kejayaan dan sumbangan MARDI pada tahun lalu telah memberi impak besar kepada negara dalam memastikan keterjaminan makanan.
“Usaha ini dapat dilihat menerusi pelancaran Bawang Merah MARDI, Nanas Varieti MS16, Klon dan Inovasi Kopi Liberica Baharu MARDI dan empat kelapa hibrid baharu MARDI.
“Kejayaan ini juga adalah hasil usaha keras keseluruhan warga MARDI yang terbukti menerusi penerimaan anugerah pegawai MARDI di peringkat antarabangsa iaitu di Malaysia Technology Expo (MTE 2023), International, Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2023) dan Japan International Award For Young Agro Reseachers 2023 di Tokyo Jepun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MARDI, Majlis Penghargaaan Pesara Dan Khidmat Setia Tahun 2024 Dan Majlis Penyampaian Anugerah Staf Cemerlang Bulanan Tahun Tahun 2023 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang.
Seramai 231 warga MARDI menerima APC kerana menunjukkan prestasi yang amat baik pada tahun 2023.
Pada majlis sama, MARDI turut meraikan empat pegawai yang dianugerahkan khidmat setia dan 66 orang pegawai yang akan bersara dan bersara pada 2024.
Sementara itu, Ketua Pengarah MARDI, Datuk Mohamad Zabawi Abdul Ghani dalam kenyataan berkata, penganugerahan tersebut bukan sahaja merupakan manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka yang cemerlang, malah perlu dilihat sebagai penyuntik semangat dan pencetus azam untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.
“Sebab itu, kita turut memberi penghargaan kepada 35 orang pesara wajib, 14 orang pesara secara pilihan, sembilan orang pesara atas sebab kesihatan dan lapan orang pegawai yang telah meninggal dunia di dalam perkhidmatan.
“Selain itu, majlis ini diadakan untuk merakamkan penghargaan MARDI kepada empat orang yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan penuh taat setia bersama MARDI untuk memastikan visi serta misi MARDI terlaksana,” tambahnya.
Astro Awani
Fri Mar 08 2024
Mohamad Zabawi (empat kiri) beramah mesra bersama penerima anugerah yang juga kakitangan MARDI pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARDI 2024 di MAEPS, Serdang. - Foto MARDI
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
MARDI diseru bantu KPKM laksana strategi kurang kos sara hidup rakyat
Usaha itu bagi memastikan sekuriti makanan menjadi agenda utama untuk menjaga kebajikan rakyat.