Marah disoal siasat, seorang remaja berusia 17 tahun bertindak menumbuk seorang anggota polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam kejadian 11.10 malam tadi di sini.
Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata terdahulu, mangsa yang berpangkat koperal sedang melakukan rondaan mencegah jenayah bersama rakan sekerja di Jalan Tudan sebelum terserempak dengan remaja tersebut.
"Suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan dan mangsa mengarahkan suspek berhenti tetapi remaja itu enggan dan terus memecut,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pasukan URB itu kemudian bertindak mengejar suspek yang kemudian terjatuh di atas jalan selepas motosikalnya terlanggar kon keselamatan yang diletak di tepi jalan terbabit.
Remaja berkenaan enggan memberi kerjasama ketika disoal siasat oleh anggota polis terbabit namun tiba-tiba marah apabila ditanya tentang telefon bimbit dan dompet miliknya.
"Suspek menghampiri mangsa serta terus menumbuk mangsa dua kali dengan tumbukan pertama mengenai dagu dan yang kedua di telinga kanan walaupun cuba dihalang mangsa," katanya
Susulan itu remaja terbabit ditangkap atas kesalahan seksyen 332 Kanun Keseksaan menganggu penjawat awam menjalankan tugas dan siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu dan motosikal yang ditunggang adalah milik kakaknya. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 29 2017

Suspek menghampiri mangsa serta terus menumbuk mangsa dua kali dengan tumbukan pertama mengenai dagu dan yang kedua di telinga kanan walaupun cuba dihalang mangsa. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Marah disoal siasat remaja tumbuk polis
Terdahulu, mangsa yang berpangkat koperal sedang melakukan rondaan mencegah jenayah bersama rakan sekerja di Jalan Tudan sebelum terserempak dengan remaja tersebut.