Majlis Amanah Rakyat (Mara), ditubuhkan pada 1 Mac 1966, mempunyai tempat yang begitu istimewa dalam hati Timbalan Perdana Menteri keenam Tun Abdul Ghafar Baba kerana ia merupakan wadah penting dalam usaha meningkatkan ekonomi orang Melayu.
Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad yang merupakan rakan seperjuangan Abdul Ghafar berkata negarawan itu sanggup melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka untuk menjadi Pengerusi Mara yang pertama pada tahun 1967.
Katanya Abdul Ghafar yang juga Ketua Menteri Melaka kedua memegang jawatan berkenaan bermula 1 Jun 1959, membuat keputusan tersebut demi menjaga kebajikan dan membantu meningkatkan ekonomi kaum Melayu yang dipercayainya mampu dilakukan menerusi Mara.
"Pada ketika itu, kaum Melayu dilihat sebagai kaum yang ketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding kaum lain sehinggakan hendak berniaga pun tiada modal, dan nak belajar pun tiada duit. Jadi Che Ghafar rela melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka dan memilih untuk menjadi Pengerusi Mara yang pertama," katanya kepada Bernama.
Mara ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi, berikutan penyusunan semula Rural Industrial Development Authority (RIDA) atau Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan yang ditubuhkan British pada tahun 1953.
Othman, 65, berkata Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebenarnya mencadangkan Abdul Ghafar memegang dua jawatan serentak dan pejabat Mara akan dibina di negeri ini bagi memudahkan urusan Abdul Ghafar.
"Che Ghafar jawab tidak larat nak pegang dua jawatan (serentak) sebab jawatan ini berat, tetapi Tunku (Abdul Rahman) ingat Che Ghafar tak nak jawatan Pengerusi Mara jadi bertanya siapa yang beliau cadangkan untuk menjadi Pengerusi Mara.
"Sebaliknya Che Ghafar menjawab beliau sendiri akan menjadi Pengerusi Mara dan sanggup melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka, kerana tahu melalui Mara beliau dapat membantu orang Melayu, inilah sikap seorang pemimpin sebenar yang sanggup lepas jawatan demi kepentingan rakyat," katanya.
Othman yang 18 tahun berjuang bersama Abdul Ghafar dalam UMNO berkata langkah pertama yang dilakukan Abdul Ghafar adalah menubuhkan Pejabat Mara pertama di Melaka sebelum membina Bazar Mara di Padang Nyiru di sini sekitar tahun penubuhan Mara.
Beliau berkata Abdul Ghafar selalu berpesan supaya orang Melayu tidak menjadi bagaikan 'itik kehausan di dalam air' sebuah peribahasa yang merujuk kepada kegagalan memanfaatkan segala peluang dan sumber yang ada di sekeliling mereka untuk memajukan diri.
"Ketika itu orang Melayu masih belum tahu berdikari, jadi kerajaan perlu bantu dan melalui Mara ini kerajaan dapat bantu jadi kerana itu Che Ghafar sangat sayang dengan Mara. Lihatlah Mara sekarang, menjadi institusi penting buat orang Melayu," katanya.
Abdul Ghafar yang dilahirkan pada 18 Feb 1925 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang menghabiskan 60 tahun hayatnya berjuang dalam politik di Melaka yang merupakan negeri asal ibu bapanya meninggal dunia pada 23 April 2006 ketika berusia 81 tahun akibat komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2017
Abdul Ghafar (gambar) selalu berpesan supaya orang Melayu tidak menjadi bagaikan 'itik kehausan di dalam air' - peribahasa yang merujuk kepada kegagalan memanfaatkan segala peluang dan sumber yang ada untuk memajukan diri. - Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Mara punya tempat istimewa dalam hati Ghafar Baba
Negarawan itu sanggup melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka untuk menjadi Pengerusi Mara yang pertama pada tahun 1967.