TUMPAT: Majlis Amanah Rakyat (MARA) meluluskan peruntukan RM56,000 bagi membina dua pam air di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini.
Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata peruntukan itu diluluskan segera bagi menangani masalah bekalan air yang sering terputus sehingga mengganggu urusan harian pelajar di sini.
"Gangguan bekalan air berlaku sejak 2012 lagi dan ia perlu diselesaikan segera. Masalah air menjadi isu utama di MRSM Tumpat kerana banyak aduan diterima dan perkara ini berkait dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Sesi Libat Urus Pengerusi MARA Bersama Warga Kerja MRSM Tumpat di sini hari ini.
Menurut Asyraf Wajdi dua pam air baharu itu adalah untuk kegunaan kira-kira 1,000 pengguna termasuk kakitangan dan 840 pelajar di sekolah berkenaan.
"Menerusi pembinaan pam air ini ia secara tidak langsung dapat membantu kerajaan negeri menyelesaikan isu air di institusi pendidikan itu.
"Selain MRSM Tumpat, masalah yang sama turut berlaku di MRSM Pasir Tumboh dan saya akan ke sana bagi melihat keperluan untuk mengatasi masalah air ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023
Asyraf Wajidi (kiri) beramah mesra dengan para pelajar ketika hadir pada sesi libat urus Pengerusi Mara bersama warga kerja di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat hari ini. - Foto BERNAMA
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
MARA lulus peruntukan RM56,000 bina pam air di MRSM Tumpat - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) meluluskan peruntukan RM56,000 bagi membina dua pam air di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.