Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi jaminan akan menaja penuh pelajar cemerlang daripada kumpulan keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian di bawah kendaliannya.
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata institusi-insitusi berkenaan termasuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kolej Politeknik Mara dan Universiti Mara yang akan ditubuhkan.
"Untuk pelajar daripada keluarga kumpulan B40 yang berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan kumpulan M40 (pendapatan sehingga RM6,000 sebulan), kita akan taja penuh," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pemukiman Yayasan Pelajaran Mara di sini hari ini.
Katanya Mara telah mendapat peruntukan sebanyak RM2 bilion daripada Bajet 2017 untuk meneruskan penajaan itu khususnya di bawah Skim Penajaan Cemerlang (SPC).
"Dengan (peruntukan) RM2 bilion ini, kita hendak memperbaharui kita punya komitmen bahawasanya program-program utama tajaan Mara itu diteruskan," katanya.
Annuar berkata penajaan untuk pelajar cemerlang bagi melanjutkan pengajian di luar negara juga akan diteruskan dengan tumpuan negara yang dipilih lebih rendah kos pengajiannya.
Menurutnya tumpuan ini perlu dibuat bagi membolehkan jumlah pelajar yang ditaja Mara dapat dikekalkan seperti mana yang dibuat pada tahun-tahun lepas.
Katanya sehingga kini, Mara menaja lebih 65,000 pelajar yang mana kira-kira 7,000 orang daripada mereka belajar di luar negara.
"Kira-kira 15,000 orang lagi pelajar baharu akan ditaja untuk tahun depan," katanya.
Katanya Mara juga tidak akan menaja pelajar-pelajar yang mengambil langkah sendiri untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri tanpa melalui majlis itu kerana ia tidak sejajar dengan dasarnya.
"Untuk mereka yang melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah, Mara akan hanya menaja mereka yang dipilih ke universiti-universiti 50 terbaik dunia di bawah QS ranking atau lebih baik daripada universiti-universiti tempatan," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat Dec 17 2016
Menurut Annuar, Mara telah mendapat peruntukan sebanyak RM2 bilion daripada Bajet 2017 untuk meneruskan penajaan itu khususnya di bawah Skim Penajaan Cemerlang (SPC). - Gambar fail
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
MARA jamin taja penuh pelajar daripada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah
Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi jaminan akan menaja penuh pelajar cemerlang daripada kumpulan keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah.