KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan kuasa untuk mendakwa syarikat yang didapati memanipulasi tender yang diperolehi daripada kerajaan.
Cadangan itu disuarakan Koordinator Nasional Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), Danial Hakeem Azman sebagai salah satu usaha untuk mereformasikan sistem pemberian tender kerajaan.
Menurutnya, buat masa ini hanya Jabatan Peguam Negara mempunyai kuasa tersebut.
“SPRM kena ada kuasa pendakwaan bebas dari Jabatan Peguam Negara. Ini untuk elakkan Jabatan Peguam Negara tolak kes-kes yang berkaitan ahli politik atau ada hubungan dengan pejabat tersebut atau permintaan untuk tolak kes seperti ini.
“Pelantikan Ketua Pengarah SPRM juga perlu bebas daripada campur tangan pemerintah dan dipilih melalui jalan seperti satu sistem pilihan raya bagi tempoh yang ditetapkan.
BACA: Palsukan butiran pemilikan syarikat, bekas penjawat awam ditahan
“Jawatan tersebut hanya boleh dilucutkan jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada sidang media secara maya pada Rabu.
Selain berkaitan SPRM, JPKK turut mencadangkan kerajaan memansuhkan undang-undang kerahsiaan terutamanya Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 yang digunakan untuk menutup maklumat syarikat tidak sah semasa proses perolehan tender kerajaan.
Tegasnya, semua tender kerajaan perlu dilakukan secara telus termasuk dengan membenarkan penglibatan orang awam dan semua dokumen pemberian kontrak dijadikan sebagai dokumen umum.
BACA: Bekas penolong pegawai JAIM direman bantu siasatan penyelewengan
Dalam pada itu, penyelidik bebas, Pushpan Murugiah berpendapat kerajaan harus melakukan sesuatu terutamanya dalam menambah baik sistem e-perolehan yang masih terdapat beberapa kelemahan.
Menurutnya, berdasarkan kajian dilakukannya, dia mendapati sistem tersebut boleh dimanipulasi terutamanya kartel kerajaan dengan menggunakan pegawai-pegawai di beberapa jabatan.
“Kita mempunyai e-perolehan yang sepatutnya bagus dan kalau ikut betul-betul, boleh berjalan tapi masalahnya, kita manipulasi proses itu. Sebagai contoh, walaupun ada e-perolehan tapi kita juga mempunyai rundingan terus dengan syarikat.
“Ini tidak termasuk dalam e-perolehan dan kita tak boleh nak semak, kawal semua proses di sana. Kedua, bila ada pengaruh politik, proses itu boleh diubah suai untuk sesuatu syarikat yang mempunyai pengaruh politik.
“Ketiga, rasuah dan dalam isu kartel ini, urusetia boleh dibayar untuk simpan kontrak, tukar tender, manipulasi spesifikasi dan perkara seperti itu,” ujarnya.
Dakwa beliau, segalanya nampak seperti sah dari segi undang-undang namun ia melibatkan manipulasi dan mereka yang terlibat mendapat banyak wang daripada kegiatan itu.
Astro Awani
Wed Sep 08 2021
JPKK turut mencadangkan kerajaan memansuhkan undang-undang kerahsiaan terutamanya Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 yang digunakan untuk menutup maklumat syarikat tidak sah semasa proses perolehan tender kerajaan.
Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan dat
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Jabatan Penjara nafi Saifuddin Nasution terlibat urusan tender
Jabatan Penjara menafikan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terlibat dalam urusan tender pembekalan kain penjara seperti yang ditularkan di media sosial.
Kebanyakan kontrak kerajaan diraih menerusi tender terbuka - Datasonic
Datasonic Group Bhd berkata kebanyakan daripada sembilan kontrak yang diperoleh daripada kerajaan berjumlah RM1.1 bilion dimenangi melalui tender terbuka.
Kerajaan tegas soal pemberian kontrak, projek selaras prinsip tadbir urus baik - Anwar
Kerajaan mengambil pendekatan tegas dalam soal pemberian kontrak atau projek kepada mana-mana pihak selaras dengan prinsip tata kelola baik diterapkan dalam pentadbiran.
MyCC sentiasa sokong usaha kerajaan banteras amalan penipuan, kartel bidaan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terus menyokong usaha kerajaan meningkatkan keberkesanan proses perolehan dengan membanteras amalan anti-persaingan seperti penipuan bidaan.
Manipulasi tender kerajaan: SPRM perlu diberi kuasa pendakwaan - JPKK
SPRM perlu diberikan kuasa untuk mendakwa syarikat yang didapati memanipulasi tender yang diperolehi daripada kerajaan.
MyCC dapat bantuan SPRM siasat 600 syarikat terbabit penipuan bida tender RM6 bilion
MyCC juga akan bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan kes lain dalam usaha menangani isu ketirisan dalam perolehan khususnya melibatkan agensi kerajaan.
Bekas KPSU ditahan disyaki rasuah tender
Lelaki berusia 42 tahun yang menjawat jawatan Pengarah di sebuah Pusat Latihan ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.