Wanita Australia yang mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh seorang anak kapal MAS dikecam di media sosial susulan pendedahannya dalam sebuah rancangan temu bual Australia.
Laura Bushney, 26, sebelum ini mendakwa pramugara terbabit telah datang dan duduk di sebelahnya selepas tiga jam penerbangan menuju ke Paris.
Ekoran pendedahannya, warga media sosial mula meragui dakwaannya. Ada yang telah melawat akaun Instagram milik Bushney yang menunjukkan beberapa gambar beliau tanpa memakai baju.
"Untuk semua orang berkata Laura Bushney tidak bersalah! Sila lihat di Instagram dia!" tulis @lfcstreamlinks.
Namun, ketika pihak Astro AWANI melawat akaun berkenaan, kesemua gambar tersebut telah pun dipadamkan.
Sementara itu, beberapa warga media sosial dari Australia dan Malaysia tertanya-tanya kenapa Bushney tidak menghalang perlakuan pramugara itu dan seolah sengaja membiarkan ia berlaku.
Tetapi, ada juga yang berpihak kepada Bushney:
Bushney, yang berseorangan dalam penerbangan itu, dikatakan telah merakam insiden tersebut menggunakan telefon pintar yang disorok di bawah selimut di atas pahanya.
Pramugara terbabit, dakwa Bushney, meletakkan tangannya di bawah selimut tersebut dan seterusnya ke dalam seluarnya.
Bushney berkata dia sempat merakam perbalahan dengan pramugara berkenaan selepas kejadian itu.
Pramugara terbabit ditahan polis sejurus pesawat mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle.
Menurut sumber MAS yang dihubungi Astro AWANI, syarikat tersebut akan mengambil pendirian tidak berpihak dan tidak akan memberikan sebarang komen kerana kes terbabit masih dalam siasatan.
Syafique Shuib
Tue Aug 26 2014
Bushney, yang berseorangan dalam penerbangan itu, dikatakan telah merakam insiden tersebut. -Gambar fail
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
'Mangsa' serangan seksual kru MAS dikecam di media sosial
Susulan pendedahan di televisyen Australia, warga media sosial tertanya-tanya kenapa Laura Bushney tidak menghalang perlakuan pramugara itu.
Wanita Australia dalam kes serangan seksual kru MAS dedahkan insiden di TV
Laura Bushney, 26, mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh anak kapal MAS pada awal bulan Ogos dalam penerbangan ke Paris.