KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) mahu mana-mana individu yang bernikah menggunakan khidmat Lebai Lah Kuala Krai supaya berhubung dengan agensi berkenaan untuk mengesahkan pendaftaran pernikahan mereka mengikut hukum syarak atau sebaliknya.
Pengarah Jaheaik, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, ia susulan penahanan bekas imam itu yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa menerusi satu serbuan pada 28 Oktober lalu.
"Semasa serbuan dilakukan, Jaheaik telah merampas beberapa dokumen berkait dengan perkahwinan seperti borang dari Thailand," katanya pada sidang media di Pejabat Jaheaik, Lundang di sini pada Ahad.
Menurut beliau, pemeriksaan lanjut mendapati perkhidmatan yang ditawarkan oleh Lebai Lah berbentuk sindiket.
Beliau berkata, pihaknya bimbang perkahwinan yang dijalankan oleh bekas imam itu tidak sah mengikut hukum syarak dan undang-undang sekali gus boleh memberikan kesan negatif.
Che Mohd Rahim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan sudah ramai pasangan yang mendapatkan perkhidmatan Lebai Lah untuk berkahwin termasuklah dari luar Kelantan.
"Kebanyakan sindiket nikah ini mempunyai rangkaian dengan Thailand.
Sebelum ini kami telah berjaya menumpaskan sindiket nikah dikenali ‘Imam Wahab’ di Rantau Panjang; Imam Che Mud di Machang dan 'bekas Imam Muda' di Ketereh.
"Hal ini kerana sindiket nikah berkenaan tidak mempunyai kelayakan sebagai wali hakim,” katanya.
Menurutnya, kumpulan ini akan mengenakan bayaran sekitar RM2,000 hingga RM3,000 berbanding kos sebenar hanya RM125.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 14 2021
Che Mohd Rahim (tengah) pada sidang media di Pejabat Jaheaik, Lundang, Kota Bharu pada Ahad. -Foto Sinar Harian
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pelajar ditahan berkhalwat di hotel bajet
Ketika kejadian pada jam 4 pagi, pelajar lelaki berkenaan didapati duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di sebuah bilik di hotel itu.
JAHEAIK pantau enam tadika dimiliki pengikut ajaran sesat Asmaul Husna
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) kini memantau enam prasekolah di negeri itu kerana dikhuatiri mengadakan sesi pembelajaran menyalahi hukum Islam.
Empat laporan polis terhadap JAHEAIK
Empat laporan polis dibuat terhadap JAHEAIK, dipercayai susulan operasi jabatan berkenaan terhadap sekumpulan individu didakwa pengikut Syiah pada 30 Ogos lepas.
Isu kahwin budak 11 tahun: JAHEAIK belum terima laporan
Setakat ini, maklumat yang tular di media sosial itu menyatakan lelaki berkenaan berkahwin di negara jiran.
Tindakan saman terhadap individu Muslim berseluar pendek lebih bersifat mendidik
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menegaskan tindakan saman terhadap lelaki dan wanita Islam yang berpakaian tidak sopan lebih bersifat mendidik berbanding hukuman denda.