KUCHING: Jenazah anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam insiden tembakan di Kem Skuadron 330 TUDM Kuching di Kota Samarahan selamat tiba di rumah kediaman keluarganya di Kampung Siniawan Lot, di sini, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Sebelum itu, jenazah Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, 29, dibawa keluar dari rumah mayat pada jam 12.15 pagi dan meninggalkan pekarangan Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak menggunakan van jenazah TUDM pada jam 12.30 pagi.
Prosedur bedah siasat sebelum itu berlangsung kira-kira lapan jam.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Siniawan pada jam 9 pagi.
Allahyarham merupakan mangsa yang pertama ditembak dan cedera parah dalam insiden pada 7.15 pagi 13 Ogos lalu di Balai Pengawal Handau SSN 330 TUDM Kota Samarahan.
Allahyarham kemudiannya sempat memandu kenderaan sendiri untuk mendapat rawatan segera di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di dalam kem berkenaan.
Beliau kemudian dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak Kota Samarahan, sebelum meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Allahyarham merupakan anak kedua daripada tujuh adik-beradik dan meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.
Allahyarham telah berkhidmat dengan TUDM selama kira-kira 12 tahun dan sebelum ini pernah bertugas di Kem Kepala Batas, Kedah, sebelum dipindahkah di TUDM Kota Samarahan lebih dua tahun lalu.
Azizah Alwi
Sun Aug 15 2021
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Siniawan pada jam 9 pagi. -Astro AWANI
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Tiada unsur jenayah, tersedut asap punca kematian tiga beranak - Polis
Kematian tiga beranak dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau semalam tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
Rangka manusia ditemukan di Sungai Malim
Rangka manusia itu ditemukan dalam keadaan tidak sempurna iaitu separuh daripada rangka tersebut tertimbus dengan daun dan tanah.
Kanak-kanak enam tahun meninggal dunia disyaki didera penjaga
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun disahkan meninggal dunia disyaki didera dan diabaikan oleh penjaganya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak di sini Sabtu lepas.
Mayat lelaki ditemukan berlumuran darah di UTC Kedah
Mayat lelaki ditemukan berlumuran darah di ruang penghawa dingin
Punca kematian lelaki ditemukan dalam guni akibat dipukul objek tumpul
Polis mengesahkan punca kematian satu mayat lelaki yang ditemukan di dalam sebuah guni di tapak premis besi buruk di Taman Bukit Serdang, Selangor, disebabkan kecederaan akibat dipukul dengan objek tu
Suspek utama kes bunuh lelaki di Port Dickson ditahan - Polis
Polis menahan suspek utama bagi kes kematian seorang lelaki di Medan Selera Cina Pekan Lukut di Port Dickson pada 1 Mac lepas.
Hospital Sungai Buloh cari waris Mohd Roni Malik
Lelaki itu dikenali sebagai Mohd Roni Malik merupakan tahanan Penjara Sungai Buloh dan telah dimasukkan ke hospital berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia.
Tanah Runtuh Batang Kali: Mayat terakhir dibawa ke HSB untuk bedah siasat
Mayat itu ditemui sekitar empat meter dari tapak asal dia dan keluarganya berkhemah.
Tanah Runtuh Batang Kali: Jabatan Forensik HSB lengang sejak pagi tadi
Hanya pengamal media yang berada di pekarangan jabatan berkenaan sejak awal pagi ini.
Pendaki Gunung Suku hilang: Anggota tubuh badan, mayat dihantar ke Jabatan Forensik HRPB
Kesemua anggota tubuh badan dan mayat pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku, pada Ahad lalu, dihantar ke Jabatan Forensik HRPB.