GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menerima laporan 108 kes ugutan penyebaran video bogel lelaki dalam talian sehingga menyebabkan kerugian RM589,685 sejak 2020 hingga Februari lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata mereka yang menjadi mangsa dalam pemerasan itu berusia antara 13 hingga 64 tahun dengan seorang daripadanya telah membunuh diri akibat tertekan kerana terlampau malu dan kehabisan wang untuk membayar suspek.
Beliau berkata modus operandi suspek ialah dengan mengambil kesempatan untuk menggoda mangsa dan nafsu mangsa dirangsang supaya beraksi lucah melalui video dengan tanpa disedari aksinya dirakam suspek.
"Seterusnya mangsa menerima mesej ugutan supaya membayar sejumlah wang jika tidak mahu video bogel itu disebarkan di media sosial dan mereka terpaksa membayarnya kerana malu serta takut video tersebar.
"Macam satu kes tahun lepas, seorang lelaki bertindak bunuh diri kerana terlampau tertekan dan malu selepas video bogelnya dirakam suspek sebelum dia mengugut mahukan jumlah wang yang banyak sedangkan mangsa telah memberikannya. Mangsa yang bimbang telah bunuh diri," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Polis ke-215 peringkat Pulau Pinang, hari ini.
Mohd Shuhaily berkata statistik 2021 menunjukkan peningkatan drastik kes itu iaitu sebanyak 80 kes direkodkan membabitkan kerugian RM404,335 berbanding tahun sebelumnya iaitu 17 kes dengan jumlah kerugian RM76,300 manakala sejak Januari hingga Februari tahun ini, terdapat 11 kes dilaporkan melibatkan kerugian RM109,050.
"Sejak 2020 hingga Februari lepas, seramai 39 individu ditahan dan 15 kes telah berjaya diselesaikan. Jenayah ini amat berbahaya jadi polis berharap ibu bapa dapat memantau anak-anak menggunakan telefon pintar serta orang ramai juga lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa," katanya.
Sementara itu, beliau berkata pihak polis menerima sebanyak 463 laporan kes samun sepanjang tahun lepas dengan 100 daripadanya adalah laporan palsu termasuk satu kes membabitkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang mendakwa dia telah disamun sebelum dirogol.
Mohd Shuhaily berkata siasatan yang dijalankan bagaimanapun mendapati remaja yang sudah tidak bersekolah itu sebenarnya hamil dan bertindak membuat laporan polis palsu kerana takut dimarahi oleh keluarganya.
"Selain daripada kes itu, polis turut menerima laporan palsu antaranya melibatkan kehilangan kad pengenalan sebanyak 74 kes, salah guna wang (lapan kes), elak bayar hutang (empat kes) lima kes melibatkan kehilangan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian, terlibat pergaduhan (tiga kes), ponteng kerja (dua kes) dan dua kes tuntutan insurans," katanya.
Mohd Shuhaily berkata dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, pihak polis turut menerima 11 kes laporan palsu melibatkan samun dan sebenarnya tindakan mereka itu hanya membuang masa dan tenaga pihak polis.
"Mereka yang didapati membuat laporan palsu boleh disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata jumlah jenayah indeks Kontinjen Pulau Pinang melibatkan jenayah kekerasan dan jenayah harta benda menunjukkan penurunan sebanyak 37.9 peratus bagi tempoh Januari hingga Februari lepas.
"Sepanjang tempoh itu, sebanyak 614 kes direkodkan berbanding nilai ambang 989 kes iaitu penurunan 375 kes. Jenayah kekerasan pula direkodkan sebanyak 139 kes dan menunjukkan penurunan sebanyak 101 kes bersamaan 42.2 peratus berbanding nilai ambang," katanya.
Beliau berkata bagi jenayah harta benda, sebanyak 475 kes direkodkan dan menunjukkan penurunan sebanyak 274 kes bersamaan 36.6 peratus berbanding nilai ambang bagi tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
![Mangsa dipujuk dan dirangsang, polis P. Pinang terima 108 kes ugutan video bogel Mangsa dipujuk dan dirangsang, polis P. Pinang terima 108 kes ugutan video bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61622651768_pedophile.jpg)
Modus operandi suspek ialah dengan mengambil kesempatan untuk menggoda mangsa dan nafsu mangsa dirangsang supaya beraksi lucah melalui video. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Mangsa dipujuk dan dirangsang, polis P. Pinang terima 108 kes ugutan video bogel Mangsa dipujuk dan dirangsang, polis P. Pinang terima 108 kes ugutan video bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61622651768_pedophile.jpg)
Mangsa dipujuk dan dirangsang, polis P. Pinang terima 108 kes ugutan video bogel
Mereka yang menjadi mangsa dalam pemerasan itu berusia antara 13 hingga 64 tahun dengan seorang daripadanya telah membunuh diri akibat tertekan.