MELAKA: Mangsa buli berpotensi untuk berdepan gangguan stres pascatrauma (PTSD) selain kemurungan, kebimbangan dan serangan panik, kata Pakar Perunding Psikiatri Mahkota Medical Center Dr David Yeoh Boon Beng.
Beliau berkata gangguan itu berlaku apabila mangsa mengalami masalah mental berikutan diperlakukan dengan buruk oleh pembuli yang mendorong perubahan sikap dan tingkah laku mangsa jika ia berlarutan dalam tempoh masa yang lama.
"Selalunya mangsa buli ini juga akan mengalami perubahan seperti tiada mood, tak lalu makan, kurang atau tidak bergaul dengan rakan sebaya malah mengalami mimpi buruk ketika sedang tidur.
"Tempoh perubahan sikap ini sukar untuk ditentukan kerana tiada ukuran yang jelas, namun ia selalu terjadi selepas beberapa minggu atau bulan seseorang itu dibuli," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.
Justeru, beliau berkata ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu mengambil cakna jika melihat sebarang perubahan tingkah laku seseorang individu dan menghulurkan sokongan bagi membantu memulihkan mangsa.
"Ibu bapa perlu berbincang dengan anak mereka jika tahu dia menjadi mangsa buli di sekolah. Perjumpaan dengan guru juga perlu dilakukan agar perkara berkenaan tidak berulang sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental anak-anak.
"Mangsa juga perlu menjalani rawatan terapi dengan pakar perubatan sehingga dia sendiri dapat berdepan masalah dihadapinya," katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dipercayai mencekik adik lelakinya berusia sembilan tahun sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bukit Piatu kira-kira 12.30 tengah hari.
Remaja berkenaan yang merupakan pelajar sebuah sekolah Arab di Alor Gajah itu dikatakan telah berubah sikap selepas menjadi mangsa buli di sekolahnya sejak tahun lepas.
Remaja itu direman selama tujuh hari bermula Khamis lepas hingga 12 Julai.
Polis kemudiannya membuka kertas siasatan dan memanggil dua pelajar lelaki berusia 16 tahun berhubung dakwaan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dibuli pelajar senior di sebuah sekolah Arab.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023

Ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu mengambil cakna jika melihat sebarang perubahan tingkah laku seseorang individu dan menghulurkan sokongan bagi membantu memulihkan mangsa. - Gambar hiasan/Unsplash

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.

Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.

Rujukan kesihatan mental kanak-kanak di England meningkat
Bilangan kanak-kanak yang dirujuk kepada perkhidmatan kesihatan mental kecemasan di England telah meningkat secara mendadak.

Henti stigma, cakna isu kesihatan mental tanggungjawab bersama
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, angka itu merupakan peningkatan dua kali ganda berbanding dapatan 2019.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.