Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertambah buruk dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di kedua-dua negeri Pantai Timur itu meningkat.

Jumlah keseluruhan mangsa di Terengganu, Kelantan dan Pahang mencecah hampir 20 ribu malam tadi.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), banjir di Terengganu adalah yang paling teruk apabila ia meningkat 11,489 orang.

Berikutan penambahan mangsa, 147 pusat pemindahan dibuka di tujuh daerah di negeri berkenaan.

Laman portal MKN juga melaporkan empat jalan ditutup di tiga daerah di negeri itu.

Dua di Hulu Terengganu, dari Kampung Dendang ke Jerangau/Jabor dan Jalan Sungai Ular ke Bulatan Jabor.

Manakal satu di daerah Kemaman dari Jalan Sungai Ular ke Cherating dan daerah Dungun dari Jalan Bukit Besi ke Dungun

Setakat ini, banjir di Terengganu meragut dua nyawa iaitu seorang wanita Samhanim Ramli, 36 tahun, yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Lanjut di Jambatan Permaisuri.

Manakala mangsa terbaru, seorang remaja Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15 tahun, yang lemas ketika bermain air di kawasan perumahan Bukit Mentok pada Rabu.