KUALA LUMPUR:Keadaan banjir di Pantai Timur melibatkan Pahang dan Terengganu semakin buruk pada malam tadi dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS), dilaporkan meningkat, manakala mangsa di Johor berkurangan sedikit berbanding petang semalam.
Di Pahang, jumlah mangsa banjir terus meningkat pada malam tadi kepada 3,979 orang daripada 1,223 keluarga berbanding 3,273 orang daripada 902 keluarga yang ditempatkan di PPS petang semalam.
Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 8 malam tadi, sebanyak sembilan daerah di negeri itu terjejas membabitkan 91 PPS yang beroperasi.
Portal berkenaan memaklumkan Kuantan mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 1,097 orang diikuti Jerantut (634 orang), Raub (597 orang), Maran (594 orang), Rompin (420 orang), Temerloh (306 orang), Lipis (183 orang), Bentong (95 orang) dan Pekan (53 orang).
Di Terengganu, mangsa banjir melibatkan Daerah Dungun dan Kemaman meningkat kepada 222 orang daripada 68 keluarga, berbanding 138 mangsa daripada 40 keluarga petang semalam.
BACA: Pindah awal, elak insiden tidak diingini - Bomba Terengganu
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata di Dungun seramai 176 mangsa ditempatkan di dua PPS -- Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serba Guna Kampung Shukor.
"Manakala di Kemaman seramai 46 mangsa dari 11 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Teladas," katanya dalam kenyataan semalam.
Di Johor, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 6,391 orang daripada 1,641 keluarga berikutan tiga PPS di Johor Bahru, ditutup iaitu Dewan Komuniti Pandan, Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru Masai dan Surau Desa Makmur.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor R Vidyananthan berkata, lapan daerah terjejas banjir setakat 8 malam tadi dengan 60 PPS dibuka iaitu masing-masing dua di Pontian dan Batu Pahat; Kluang (19); Kota Tinggi (17); Johor Bahru (10); Kulai (lima); Mersing (empat) dan Segamat (satu).
Kluang mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu 2,533 orang, diikuti Kota Tinggi (1,470 orang), Johor Bahru (1,432 orang), Kulai (581 orang), Mersing (311 orang), Batu Pahat (36 orang), Pontian (23 orang) dan Segamat (lima orang)
Sementara itu beliau berkata, empat laluan di Kota Tinggi masih ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Sungai Sayong di Jambatan Sungai Sayong, Jalan Tun Sri Lanang di Bandar Kota Tinggi, Jambatan Jalan Semangar dan Jalan Mawai Lama, juga di Jalan Haji Suhud Taman Muhibbah, Johor Bahru yang ditutup berikutan jambatan runtuh.
"Di Kluang, Jalan Batu Pahat-Mersing di Ladang Pak Loh serta Jalan Batu Pahat-Kluang di Sekolah Menengah Kahang juga masih ditutup kepada kenderaan ringan. Manakala, Jalan Batu Pahat-Mersing di Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan Hock Huat ditutup untuk semua kenderaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 03 2021
Penduduk mula membersihkan dan mengemas kediaman masing-masing selepas keadaan banjir surut ketika tinjauan di Kampung Sepakat Baru, Skudai, pada Ahad. --fotoBERNAMA
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Empat sungai di Kedah lepas paras bahaya, satu PPS diaktifkan
PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dibuka jam 2.30 pagi tadi selepas kediaman mangsa dilanda banjir.
Belanjawan 2025: Perak harap peruntukan projek tebatan banjir diluluskan
Perak berharap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang memerlukan peruntukan tinggi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
121 mangsa banjir di Perak masih berlindung di tiga PPS
Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pada Sabtu, terdapat dua daerah yang terjejas iaitu Kerian dan Taiping.
Mangsa banjir di Selangor dan Perak menurun, Kedah meningkat sedikit petang ini
Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang berlindung di tujuh PPS pada petang ini mencatatkan penurunan kepada 1,241 mangsa.