KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 1,917 orang setakat jam 5 pagi, pada Jumaat.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 15 buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan 591 keluarga di empat daerah.

Empat daerah itu membabitkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Baling.

Sementara itu, Perlis membuka sebuah PPS untuk menempatkan 44 mangsa daripada 16 keluarga.

PPS itu hanya dibuka di daerah Arau.