JOHOR BAHRU: Bilangan mangsa banjir di Johor menurun kepada 42,770 mangsa malam ini, berbanding 44,779 orang tengah hari tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Azmi Rohani, berkata bilangan terbaharu itu direkodkan pada jam 8 malam ini.
Katanya, banjir di Mersing juga sudah pulih sepenuhnya apabila 47 mangsa daripada 14 keluarga yang terakhir di daerah itu dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Katanya kini hanya empat daerah terjejas iaitu Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat.
"Batu Pahat turut menunjukkan sedikit penurunan mangsa banjir dan kini seramai 39,800 daripada 11,182 keluarga berbanding 39,919 orang (11,216 keluarga jam 12 tengah hari tadi) yang ditempatkan di 114 PPS di daerah itu.
“Di Muar pula, jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,532 orang (457 keluarga) di 16 PPS.
"Daerah Tangkak pula berkurangan menjadi 1,037 orang (412 keluarga) di 10 PPS dan Segamat, jumlah mangsa banjir kini tinggal seramai 401 mangsa banjir (108 keluarga) di 14 PPS," katanya dalam kenyataan media, malam ini.
Sementara itu, beliau berkata, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) juga tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan berterusan, namun amaran ribut petir dikeluarkan di Muar dan Batu Pahat.
Jelas Azmi, terdapat enam lembangan sungai di daerah Muar dan Batu Pahat dicatatkan melebihi paras bahaya.
"Ia membabitkan sebuah sungai di Muar iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong.
"Selain itu, lima sungai di Batu Pahat membabitkan Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok, Sungai Bekok di Bandar Yong Peng, Sungai Simpang Kiri di Sri Medan, Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong dan Sungai Senggarang di Senggarang," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Sat Mar 11 2023
![Mangsa banjir di Johor berkurangan, Mersing pulih Mangsa banjir di Johor berkurangan, Mersing pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678535514_BanjirJohor.jpg)
Sehingga malam ini, hanya empat daerah terjejas iaitu Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705903615_banjir.jpg)
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
![Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705304888_banjir.jpg)
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
![Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705290448_banjir.jpg)
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
![Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705216240_TBPASCABANJIRKOTATIN.jpg)
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
![1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma 1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705214344_banjir.jpg)
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
![Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705053719_TBbanjirjpg.jpg)
Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah
Terkini, seramai 421 mangsa dari 123 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing.
![Bomba terima 20 panggilan menyelamat mangsa banjir terperangkap Bomba terima 20 panggilan menyelamat mangsa banjir terperangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704948461_banjirjohor.jpg)
Bomba terima 20 panggilan menyelamat mangsa banjir terperangkap
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi menerima lebih 20 panggilan penyelamatan dan khidmat khas sejak banjir melanda daerah ini pada Khamis lalu.
![Berhati-hati lalu Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng Berhati-hati lalu Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677705160_HussinZamora.jpg)
Berhati-hati lalu Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran ketika memandu di laluan Felda Sungai Mas menghala ke Lok Heng.
![Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704866663_banjir.jpg)
Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor
Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dinaiki air di Johor, menjadikan tujuh daerah di negeri itu kini terjejas dengan banjir.
!['Oyen' tak mahu makan, ‘terkejut’ jadi mangsa banjir 'Oyen' tak mahu makan, ‘terkejut’ jadi mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704797148_banjirkucing.jpg)
'Oyen' tak mahu makan, ‘terkejut’ jadi mangsa banjir
Bila cerita perihal banjir, bukan hanya manusia, haiwan termasuk kucing peliharaan pun turut sama terkesan.