Rumah Terbuka Hari Raya yang dianjurkan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand, sentiasa dinanti-nantikan oleh diaspora dan pelajar Malaysia di negara Gajah Putih itu, yang tidak dapat pulang ke kampung halaman.
Bukan sahaja memberi peluang buat rakyat Malaysia di luar negara menikmati hidangan tradisional Hari Raya yang istimewa, acara tahunan Rumah Terbuka Hari Raya itu juga mengeratkan silaturahim sesama rakyat Malaysia.
Namun, tahun ini sambutan perayaan itu dibatalkan bagi mematuhi arahan kerajaan Thailand untuk tidak berkumpul beramai-ramai, dalam usaha memutuskan penularan pandemik COVID-19 di negara tersebut.
Pembatalan sambutan itu bagaimanapun tidak menyekat usaha Kedutaan Malaysia di Bangkok untuk memeriahkan sambutan perayaan buat rakyat Malaysia di sini, dengan menghantar 'Tiffin Raya', iaitu juadah Hari Raya yang diisi di dalam mangkuk tingkat berwarna-warni.
Dengan nota serangkap pantun, 'Nasi impit di atas para, pilihan direbus di tepi Embassy, Tiffin dihantar sempena Raya, tanda Ingatan di Aidilfitri,' mangkuk tingkat itu dihantar kepada 35 rakyat Malaysia pada Jumaat.
Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Malaysia di Bangkok Suzilah Mohd Sidek berkata, kedutaan memutuskan untuk berkongsi juadah enak dengan pemimpin komuniti Malaysia, anggota komuniti yang aktif dan juga rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor.
"Kakitangan di kedutaan berganding bahu dalam menyediakan hidangan - nasi himpit, kuah kacang dan rendang ayam," katanya kepada Bernama.
Pengerusi Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand (MTCC), Dr Hwee Khim Boo, yang menerima mangkuk tingkat itu memuat naik hantaran di laman Facebook Kedutaan Malaysia, Bangkok dengan menulis, "Terima Kasih (Duta Malaysia ke Thailand) Datuk Jojie Samuel dan semua cef! Kami adalah rakyat Malaysia yang bertuah,".
Aishah Adam pula menulis, "Dari lubuk hati saya, terima kasih banyak-banyak Kedutaan Besar Malaysia, Bangkok... sangat gembira untuk Tiffin Raya yang indah... membuatkam kami berasa seperti di rumah,".
Joanne Chung pula berkata, "Kami rakyat Malaysia yang sangat gembira menerima mangkuk bertingkat yang indah ini dengan juadah Hari Raya yang enak,".
Thailand, negara luar pertama yang dikesan dengan kes COVID-19, mengisytiharkan perintah darurat bermula 26 Mac hingga 30 April dan melanjutkannya hingga 31 Mei dan kemudian 30 Jun, bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Kerajaan Thailand mula melaksanakan kelonggaran sekatan fasa pertama pada 3 Mei, manakala fasa kedua bermula 17 Mei dan fasa ketiga akan bermula esok, untuk melonggarkan lagi sekatan dan langkah termasuk membuka kembali lebih banyak perniagaan dan tempat. - BERNAMA
Bernama
Sun May 31 2020
Mangkuk tingkat atau Tiffin Raya pelbagai warna yang diisi juadah hari raya dikirim oleh Kedutaan Malaysia di Bangkok kepada 35 rakyat Malaysia di sana. - Gambar Facebook Mimi Kaur Ramday
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.