Ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak digesa memanfaatkan sepenuhnya Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak (eDKK).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata sejak berkuat kuasa 1 April lepas, hanya satu permohonan diterima di Selangor melibatkan semakan ke atas 55 nama.
"Kemudahan telah disediakan secara percuma dan sikap prihatin ibu bapa dan masyarakat boleh menyekat mereka yang pernah melakukan jenayah seksual daripada mengulangi kesalahan sama di tempat baharu.
"Mereka yang terlibat menggaji individu yang mempunyai akses kepada kanak-kanak juga perlu melakukan semakan termasuklah pengusaha taska, pemandu bas sekolah dan pusat pendidikan agama," katanya.
Yeoh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Taska dan Forum Pendidikan Awal Kanak-kanak Negeri Pahang di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Zulkhairi Zainol Abidin.
Mengulas lanjut, Yeoh berkata jika semakan dilakukan di pejabat JKM negeri, keputusan diperoleh serta-merta manakala semakan di pejabat JKM daerah memerlukan masa selama lima hari waktu bekerja.
Mengulas perkembangan lain, beliau berkata kementerian dalam proses memutihkan taman asuhan kanak-kanak (taska) yang tidak berdaftar di seluruh negara, bermula di Putrajaya dengan 49 premis dikenal pasti.
Yeoh berkata berdasarkan rekod JKM setakat Februari lepas, hanya 4,497 taska berdaftar di seluruh negara iaitu masih rendah berbanding anggaran jumlah sebenar taska.
Beliau juga berkata sebanyak 56 permohonan membuka taska telah diluluskan di seluruh negara setakat ini, melibatkan peruntukan berjumlah RM10 juta yang diumumkan pada Belanjawan 2019.
Bagi Pahang, taska baharu itu akan beroperasi di Hospital Raub dan Hospital Lipis, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2019
HANNAH: Jika semakan dilakukan di pejabat JKM negeri, keputusan diperoleh serta-merta manakala semakan di pejabat JKM daerah memerlukan masa selama lima hari waktu bekerja.
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
Perbelanjaan Sukma wajar dikeluarkan untuk pembangunan atlet muda - Hannah
Hannah Yeoh berkata, temasya sukan itu merupakan satu keperluan dalam memastikan negara tidak ketandusan bakat muda.
Emas Olimpik Paris: Lebih banyak ganjaran menanti atlet - Hannah
Ganjaran bagi atlet yang meraih emas pada Sukan Olimpik Paris 2024 dijangka bertambah apabila semakin ramai pihak tampil memberi sumbangan.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
Tiada bukti Hannah mahu jadikan Malaysia negara Kristian - Musa Hassan
Tiada bukti Hannah mahu jadikan Malaysia negara Kristian - Musa Hassan
Olimpik Paris: KBS salur dana RM300,000 untuk atlet profesional termasuk Zii Jia
Empat atlet profesional negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 telah diberikan geran bantuan berjumlah RM300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Pakaian diperkenalkan tidak digunakan untuk perbarisan Olimpik Paris - Hannah
Hannah berkata terdapat set pakaian rasmi lain bagi acara berkenaan selain menegaskan supaya tiada perbandingan dibuat berhubung kepimpinannya di KBS dengan bekas menteri Khairy Jamaluddin.
KBS tubuh jawatankuasa pantau projek NTC FAM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memantau kemajuan projek pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) FAM.
Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah
Pemilihan dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.
Program Senaman Warga Emas diperluas ke 120 lokasi seluruh negara
Kementerian Belia dan Sukan bakal memperluaskan Program Senaman Warga Emas 2024 ke 120 lokasi seluruh negara.
Goodday Charge persembahkan Team eMAS, pasukan eSukan warga emas pertama Malaysia
Diiktiraf Malaysia Book of Records, perkuat usaha melegitimasi e-sukan sebagai sejenis sukan sebenar.