Dua puluh lapan hari, tempoh sifar kes COVID-19 yang diperlukan negara sebelum boleh diisytiharkan bebas pandemik berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Kenyataan daripada Jeneral Perang COVID-19 itu semalam nyata mencetuskan persoalan, mampukah angka dalam tempoh itu dicapai?
Apatah lagi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menyaksikan semakin banyak kelonggaran diberikan, malah aktiviti rentas negeri juga dibenarkan.
Semua pengangkutan awam, bas ekspres, pesawat penerbangan, perkhidmatan e-hailing, teksi dan kenderaan persendirian dibenarkan beroperasi pada kapasiti penuh dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu semalam turut menyatakan, perkhidmatan e-hailing, teksi, dan bas ekspres boleh beroperasi tanpa had masa.
Bukan itu sahaja, semua masjid, surau Jumaat dan surau dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan akan dibuka secara berperingkat bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dengan perluasan bilangan satu pertiga daripada jumlah had kapasiti bagi dewan solat utama bermula hari ini.
Tiada lagi polis mahupun anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menahan kenderaan kita, jengah kediaman yang 'meriah' waktu raya, mengenakan kompaun sekiranya keluar rumah, malah mengarah kita berpatah balik kerana cuba merentas negeri.
Namun, kompaun tetap dikeluarkan sekiranya SOP yang ditentukan oleh kerajaan tidak dipatuhi.
Setelah hampir empat bulan mereka menjaga kita sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kini tugas barisan hadapan bertukar tangan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Berkali-kali kerajaan mengingatkan kita untuk patuh kepada SOP.
Aplikasi seperti MySejahtera, MyTrace bagi membantu membuat pengesanan kontak turut diwujudkan, dan pada masa sama menuntut rakyat untuk bersikap jujur dan bertanggungjawab dalam memberikan maklumat mereka.
Kawalan kendiri masyarakat untuk terus mematuhi SOP dalam kebiasaan baharu inilah elemen yang paling penting dalam mengelakkan lonjakan kes, sekali gus menentukan sama ada PKPP berjaya menjadikan negara diisytihar bebas wabak COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 12 2020
Setelah hampir empat bulan mereka menjaga kita sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kini tugas barisan hadapan bertukar tangan kepada seluruh rakyat Malaysia. -Gambar fail
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
8 terbunuh, 2,750 cedera akibat letupan di seluruh Lubnan
Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Kabinet baharu Thailand janji terus reformasi ekonomi, penambahbaikan kesihatan
Paetongtarn Shinawatra berkata kerajaan baharunya akan memberi tumpuan kepada merangsang ekonomi dan memperbaiki penjagaan kesihatan.
Kes polio pertama dalam tempoh 16 tahun dilaporkan di Pakistan, cetus kebimbangan
Lebih 33 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun akan divaksin dalam program dari rumah ke rumah mulai Isnin.
Insomnia perlu ditangani, beri kesan negatif dan jejas kehidupan seharian
Insomnia perlu ditangani kerana ia memberi impak negatif khususnya dari segi kesihatan badan dan mental sehingga menjejaskan kehidupan seharian.
Uganda sahkan tiga lagi kes mpox
Tiga pesakit itu sedang dirawat pada masa ini di Pusat Pengasingan Nasional Entebbe, kira-kira 40 kilometer selatan Kampala.
Gaza mulakan usaha pemvaksinan polio untuk kanak-kanak bawah 10 tahun
Kempen itu bermula pada Sabtu di Khan Younis untuk memberikan vaksin kepada lebih 90 peratus kanak-kanak di seluruh Wilayah Gaza menjelang 12 Sept ini.
Pencemaran udara singkatkan jangka hayat di Bangladesh purata sebanyak 4.8 tahun - WHO
Kesemua 166.4 juta penduduk Bangladesh tinggal di kawasan yang mana paras purata tahunan pencemaran zarah halus melebihi garis panduan WHO.
China perketat kawalan sempadan, cegah kemasukan virus mpox
Pentadbiran Am Kastam negara umum langkah pengawasan yang lebih ketat untuk individu dan barangan yang tiba dari kawasan terjejas oleh mpox.
Kes demam denggi menurun pada ME31, lima kematian direkod
KKM memaklumkan kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Inisiatif perang terhadap gula oleh KKM
Semua rakyat Malaysia diseru untuk berganding bahu bagi memerangi kelaziman tabiat pengambilan gula berlebihan.
Diabetes: Jangan tunggu usia 40-an, lakukan pemeriksaan seawal mungkin
Walaupun usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat terus dilakukan, kelaziman diabetes di Malaysia terus meningkat.