PUTRAJAYA: Malaysia dan Uzbekistan memeterai perjanjian lima tahun bertujuan mengukuhkan amalan perangkaan dan memudah cara kerjasama dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan bersama.
Menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan Agensi Perangkaan Uzbekistan (Agensi Perangkaan), kedua-dua pihak komited untuk memajukan bidang statistik dan meningkatkan kapasiti Sistem Statistik Negara (NSS) masing-masing.
"Dengan komitmen bersama DOSM dan Agensi Statistik, kami yakin bahawa perkongsian ini akan membuahkan hasil dan membawa kepada inisiatif yang sejajar dengan matlamat menyeluruh pembangunan sosioekonomi.
"Kami menantikan hasil positif yang akan dibawa oleh MoU ini kepada kedua-dua agensi dan negara masing-masing," kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan.
Majlis pemeteraian MoU itu diadakan semalam di Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, bersempena Suruhanjaya Statistik PBB ke-55 (UN55SC) yang sedang berlangsung dari 27 Feb hingga 1 Mac ini.
UN55SC merupakan sidang kemuncak yang menghimpunkan ketua perangkawan di seluruh dunia.
Menurut kenyataan itu, perjanjian berkenaan memberi tumpuan kepada mengukuhkan keupayaan statistik dengan pertukaran pengetahuan, amalan terbaik dan kepakaran teknikal dalam metodologi statistik menerusi program dan aktiviti latihan bersama.
Mohd Uzir yang mezahirkan keyakinan terhadap kerjasama itu, berkata MoU itu menandakan komitmen kepada kecemerlangan amalan statistik.
"Dengan mengumpulkan pengetahuan dan kepakaran kami, DOSM dan Agensi Perangkaan menyasarkan untuk menyumbang secara signifikan kepada kemajuan keupayaan statistik di negara masing-masing dan di peringkat global," katanya.
Mengulas lanjut, Pengarah Agensi Statistik di bawah Presiden Republik Uzbekistan (Agensi Statistik), Bakhodir Begalov berkata pihaknya teruja dengan peluang yang diperolehi menerusi kerjasama itu.
"Kami percaya bahawa dengan bekerjasama, kami dapat memanfaatkan kekuatan kami dan menyumbang secara bermakna kepada peningkatan sistem statistik, mempromosikan budaya membuat keputusan berdasarkan data," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024

Majlis pemeteraian MoU itu diadakan semalam di Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, bersempena Suruhanjaya Statistik PBB ke-55 (UN55SC). - Foto DOSM
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama keselamatan maritim
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Badan Keamanan Laut Indonesia (Bakamla) menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama maritim bagi menjamin keselamatan perairan kedua-dua negara.

ASEAN akan lancar Visi 2045 untuk memacu kerjasama serantau, kata Setiausaha Agung
ASEAN sedang bersiap sedia untuk melancarkan Visi Komuniti 2045, sebuah rangka kerja strategik yang bertujuan untuk membimbing kerjasama serantau dalam tempoh dua dekad akan datang.

Malaysia, Uzbekistan meterai perjanjian lima tahun perkukuh amalan perangkaan
Malaysia dan Uzbekistan memeterai perjanjian lima tahun bertujuan mengukuhkan amalan perangkaan dan memudah cara kerjasama dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan bersama.

Lawatan rasmi Jokowi kukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Indonesia
Dr Mahathir dan Jokowi akan mengadakan pertemuan untuk berbincang mengenai isu dan kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama.