SAMARKAND: Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata Malaysia kekal komited terhadap usaha kerjasama dengan Uzbekistan dalam pembaharuan perindustrian, sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030.
"Salah satu tonggak utama perkongsian ekonomi ini adalah untuk meningkatkan hubungan perniagaan. Populasi muda yang besar dan pertumbuhan ekonomi Uzbekistan memberikan peluang besar kepada syarikat Malaysia yang mahu mengembangkan kehadiran mereka di rantau ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia peringkat tinggi di Silk Road Samarkand Complex, di sini pada Sabtu.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan Jamshid Khodjaev.
Tengku Zafrul berkata hubungan erat Malaysia dan Uzbekistan serta persahabatan yang berkekalan sejak 32 tahun lalu berakar umbi dalam nilai, sejarah dan kepentingan bersama kedua-dua negara telah menjadi asas kepada kerjasama diplomatik dan ekonomi kukuh.
"Lawatan sulung oleh Perdana Menteri inii menunjukkan komitmen Malaysia untuk memupuk hubungan lebih kukuh antara kedua-dua negara dan kami berharap hubungan perniagaan akan mencerminkan minat ini," katanya.
Tengku Zafrul juga berkata adalah wajar bagi kedua-dua negara untuk menggiatkan semula penglibatan mereka untuk merebut peluang baharu kerjasama melalui Jawatankuasa Perdagangan Bersama Malaysia-Uzbekistan yang merupakan platform khusus untuk memupuk kerjasama ekonomi yang lebih erat, memudahkan perdagangan, dan meneroka peluang baharu untuk perkongsian dan kerjasama.
"Memandangkan kita kini hidup dalam persekitaran yang semakin kompleks, perdagangan yang lebih mantap harus disediakan untuk meningkatkan keyakinan pelabur dan perniagaan.
"Sehubungan itu, Malaysia berminat untuk bekerjasama bagi meningkatkan kemudahan perdagangan dan kemudahan menjalankan perniagaan antara kedua-dua negara," katanya.
Beliau berkata salah satu agensi di bawah kementeriannya, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah mengambil pendekatan proaktif untuk menjalin kerjasama dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Uzbekistan (CCIU), menandakan permulaan kepada kerjasama antara sektor swasta kedua-dua negara.
Mengenai forum perniagaan peringkat tinggi itu, beliau berharap ia akan membuka jalan dan memangkin lebih banyak perkongsian antara komuniti perniagaan dan menggalakkan pemimpin perniagaan untuk terus meneroka potensi kerjasama untuk manfaat bersama kedua-dua negara.
Tengku Zafrul adalah antara anggota delegasi Malaysia dalam lawatan ke Uzbekistan yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Perdana Menteri berada di Uzbekistan untuk lawatan rasmi selama tiga hari.
Beliau tiba di ibu negara Uzbekistan, Tashkent pada hari Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

Tengku Zafrul berkata Malaysia kekal komited terhadap usaha kerjasama dengan Uzbekistan dalam pembaharuan perindustrian, sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030. - Foto fail/BERNAMA

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

MH370: 11 tahun berlalu, mungkinkah misteri terungkai?
Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Menteri, timbalan menteri ucap selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025
Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza, sifatkan sebagai pembersihan etnik - Mohamad
Malaysia menentang keras cadangan untuk mengilhakkan Gaza, menyifatkannya sebagai bentuk "pembersihan etnik" dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Tujuh aspek penting yang membentuk masa depan semikonduktor Malaysia
Dengan ketidaktentuan geopolitik, perubahan rantaian bekalan global, serta peningkatan pelaburan asing, Malaysia mempunyai peluang luar biasa untuk menjadi pemain utama dalam sektor ini.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Cip AI disekat AS: Malaysia nilai sama ada undang-undang telah dilanggar
MITI menegaskan bahawa Malaysia tetap teguh menentang mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengelak kawalan eksport atau terlibat dalam aktiviti perdagangan haram.

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.