Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pemangku Perdana Menteri United Kingdom (UK) Dominic Raab membincangkan tiga perkara utama termasuk pendidikan dalam usaha menangani COVID-19.
Hishammuddin berkata perbincangan menerusi telefon bersama Raab yang juga merupakan setiausaha luar UK itu turut menyentuh kepentingan serantau termasuk ASEAN dan Komanwel.
"Baru selesai bercakap dari rumah melalui telefon dengan Setiausaha Luar merangkap pemangku Perdana Menteri United Kingdom (UK), Dominic Raab.
"Bagi pihak Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin, saya maklumkan mengenai penundaan (peperiksaan) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang juga diiktiraf Cambridge Assessment International Education (CAIE) United Kingdom ke suku pertama tahun depan," kata Hishammuddin menerusi akaun Facebooknya pada Isnin malam.
Beliau turut memaklumkan susulan penularan COVID-19 kemungkinan sekolah ditutup lebih lama dan perubahan tarikh STPM itu tidak akan menjejaskan peluang pelajar di Malaysia untuk mohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi pada tahun 2021.
Selain itu, Hishammuddin berkata Raab turut memberi jaminan keselamatan 15,000 pelajar Malaysia yang berada di UK dan kebajikan mereka dijaga sepanjang krisis COVID-19 ini.
"Dalam pada itu, memandangkan UK merupakan salah satu negara yang telah memulakan ujian klinikal pada skala besar untuk rawatan COVID-19, kami senada bahawa penting untuk Malaysia dan UK bekerjasama rapat dalam usaha ini demi memastikan rakyat kedua-dua negara khususnya yang dijangkiti wabak ini mendapat rawatan terbaik," katanya.
Sementara itu, Hishammuddin turut menekankan bahawa UK perlu bersama-sama ASEAN sebagai satu blok bagi memperkukuh peranan negara itu di rantau itu.
Beliau berkata kedua-dua mereka turut bersetuju kesemua negara Komanwel perlu proaktif perangi COVID-19 demi kepentingan 2.3 bilion rakyatnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 20 2020
![Malaysia-UK bincang tiga perkara utama hadapi krisis COVID-19 - Hishammuddin Malaysia-UK bincang tiga perkara utama hadapi krisis COVID-19 - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81585033645_MenteriLuarDatuk.jpg)
Hishammuddin dan Raab membincangkan tiga perkara utama termasuk pendidikan dalam usaha menangani COVID-19. -Bernama
![Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723722582_TBPaetongtarnShinaw.jpg)
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke 4 negara - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia, empat negara menjadi fokus pada tahun ini iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Puncak Alam, Kuala Selangor.
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan SDR
Bedah siasat yang dijalankan ke atas Muhammad Nidza Afham Mokhtar tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
![Kumpulan pertama durian segar Malaysia masuk ke China penghujung Ogos Kumpulan pertama durian segar Malaysia masuk ke China penghujung Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655548299_durianmusangking.jpg)
Kumpulan pertama durian segar Malaysia masuk ke China penghujung Ogos
Susulan kelulusan daripada Kerajaan China, penghantaran sulung durian segar Malaysia beserta kulitnya dijangka memasuki pasaran China menjelang akhir bulan ini.
![[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan [LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/61491288728_SingaporeMerlion.jpg)
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.
![ASEAN kekal rakan perdagangan terbesar China ASEAN kekal rakan perdagangan terbesar China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
ASEAN kekal rakan perdagangan terbesar China
China menjadi rakan perdagangan terbesar ASEAN selama 15 tahun berturut-turut, manakala ASEAN menjadi rakan perdagangan terbesar China selama empat tahun berturut-turut.
![Bulan Kebangsaan MY-SG: Mengurus pembangunan tanah secara hemat dan mampan Bulan Kebangsaan MY-SG: Mengurus pembangunan tanah secara hemat dan mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/51505487661_SingaporeCircuit.jpg)
Bulan Kebangsaan MY-SG: Mengurus pembangunan tanah secara hemat dan mampan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, melaporkan pendekatan Singapura membangunkan sumber tanah dengan hemat.
![Hari ASEAN ke-57: PM Anwar seru perpaduan untuk rantau yang aman dan makmur Hari ASEAN ke-57: PM Anwar seru perpaduan untuk rantau yang aman dan makmur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723129579_TBHariAsean.jpg)
Hari ASEAN ke-57: PM Anwar seru perpaduan untuk rantau yang aman dan makmur
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menekankan kepentingan negara-negara anggota bersatu padu dan bekerjasama untuk memastikan rantau yang aman, stabil dan makmur.
![Jualan EV ASEAN melonjak, Malaysia antara peneraju prestasi - Maybank Investment Jualan EV ASEAN melonjak, Malaysia antara peneraju prestasi - Maybank Investment](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Jualan EV ASEAN melonjak, Malaysia antara peneraju prestasi - Maybank Investment
Peraturan yang positif, jenama tempatan dan penembusan pengeluar kereta China akan memacu jualan yang lebih tinggi.
![Bursa Malaysia tingkat sasaran keuntungan 2024 kepada RM361 juta hingga RM379 juta Bursa Malaysia tingkat sasaran keuntungan 2024 kepada RM361 juta hingga RM379 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717000513_TBWAHIDOMAR.jpg)
Bursa Malaysia tingkat sasaran keuntungan 2024 kepada RM361 juta hingga RM379 juta
Bursa Malaysia mengemas kini sasaran keuntungan sebelum cukai (PBT) untuk tahun kewangan 2024 (TK2024) daripada RM293 juta hingga RM323 juta kepada RM361 juta hingga RM379 juta.
![Sentimen pulih, ringgit terus meningkat pada sesi awal Sentimen pulih, ringgit terus meningkat pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Sentimen pulih, ringgit terus meningkat pada sesi awal
Pada 8 pagi, ringgit di paras 4.6330/6400 daripada paras 4.6350/6375 pada akhir urus niaga semalam.
![ASEAN sambut baik perubahan sikap negara kuasa besar terhadap isu Palestin ASEAN sambut baik perubahan sikap negara kuasa besar terhadap isu Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722089044_TBAsean.jpg)
ASEAN sambut baik perubahan sikap negara kuasa besar terhadap isu Palestin
ASEAN mengalu-alukan perubahan sikap dan pendirian beberapa negara kuasa besar dalam isu melibatkan rakyat Palestin yang terus menerus diperlakukan secara kejam oleh rejim Zionis.
![Malaysia sudah bersedia menjadi Pengerusi ASEAN 2025 Malaysia sudah bersedia menjadi Pengerusi ASEAN 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722060841_MohamadHasan.jpg)
Malaysia sudah bersedia menjadi Pengerusi ASEAN 2025
Malaysia sudah bersedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN tahun hadapan.