KUALA LUMPUR: Malaysia-Turkiye akan memperkuatkan lagi kerjasama menerusi perkongsian teknologi, demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, Ismail Sabri berkata perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat Duta Besar Turkiye, Merve Safa Kavakci bersama-sama wakil dua syarikat gergasi industri pertahanan negara itu pada Khamis.
Beliau berkata Malaysia akan menerokai peluang kerjasama perkongsian teknologi dengan syarikat Turkiye.
"Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Servet Akkaynak dan Turkish Aerospace Industry (TAI) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Temel Kotil telah mempelawa saya untuk melawat kilang mereka di Turkiye.
"Mereka berminat menerokai peluang perkongsian teknologi khususnya dalam bidang aset pertahanan dan aeroangkasa. Insya-Allah, kita akan memperkuatkan lagi kerjasama Malaysia-Turkiye," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022

Malaysia-Turkiye akan memperkuatkan lagi kerjasama menerusi perkongsian teknologi, demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail/Astro AWANI

Dua tahanan lari dari Mahkamah Kuching berjaya diberkas - Polis
Kedua-dua suspek positif dadah dan reman mereka diluluskan selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

601 penghuni di 34 penjara dilepaskan secara lesen sempena Aidilfitri
Seramai 601 penghuni dari 34 institusi penjara di seluruh negara dibebaskan hari ini menerusi Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI sempena Aidilfitri.

Dendam motif pembunuhan lelaki Myanmar di Tasek Gelugor - Polis
Polis telah menahan lapan lelaki dan sedang mengesan suspek utama yang terlibat dalam kes ini.
AWANI Ringkas: Hari ke-6 beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
China sokong kepimpinan dalam ASEAN
Duta Besar China ke ASEAN, Hou Yanqi berkata Beijing menyokong penuh tema Malaysia iaitu Keterangkuman dan Kemampanan, serta mengiktiraf kepimpinan negara dalam memajukan hubungan ASEAN-China.
Rundingan Iran-AS tidak mungkin lagi berlaku
Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berpendapat rundingan nuklear baharu dengan Amerika Syarikat tidak mungkin lagi diadakan kecuali berlaku beberapa perubahan drastik.

Inflasi dijangka meningkat antara 2.0-3.5 peratus, kekal terurus tahun ini - BNM
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.5% hingga 5.5% pada 2025, didorong oleh permintaan domestik dan perbelanjaan sektor swasta yang stabil.

"Jangan sukarkan lagi keadaan" - Diana Danielle tak halang Farid Kamil jumpa anak
PELAKON, Diana Danielle enggan menjadikan perceraiannya sebagai batu penghalang untuk anak-anak bertemu bapa mereka, Farid Kamil.
Penggunaan elektrik berlebihan punca kebakaran meningkat
Penggunaan tenaga elektrik secara berlebihan antara punca peningkatan berlakunya kebakaran kediaman dan premis pada musim perayaan.

Anak-anak pulang beraya ke kampung bekas suami - Diana Danielle
Diana Danielle tidak kisah sekiranya anak-anaknya pulang menyambut lebaran di kampun bekas suaminya, Farid Kamil di Sungai Petani, Kedah.

Malaysia sedia kongsi pengetahuan, teknologi akuakultur dengan negara luar - Mohamad
Malaysia memberi komitmen dan sedia berkongsi pengetahuan serta teknologi berkaitan bidang akuakultur dengan negara luar untuk kepentingan bersama.

Malaysia-Turkiye perkuat kerjasama menerusi perkongsian teknologi - PM
Malaysia-Turkiye akan memperkuatkan lagi kerjasama menerusi perkongsian teknologi, demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.