PUTRAJAYA: Program Malaysia Truly Asia AEROMEET 2021, platform yang membawa pemain industri pelancongan dari rantau Amerika, Eropah dan Oceania (AERO) terlibat dalam sesi antara perniagaan (B2B) kembali tahun ini, selepas terhenti sejak 2014.
Edisi Malaysia Truly Asia AEROMEET 2021 anjuran Tourism Malaysia yang diadakan secara maya sepenuhnya bermula semalam, akan berlangsung sehingga Khamis.
Tourism Malaysia dalam kenyataan berkata 102 pertubuhan dari Malaysia yang merangkumi 50 syarikat pengendali pelancongan, tiga agensi perjalanan dalam talian, 35 hotel, enam lembaga pelancongan negeri dan lapan pertubuhan pelancongan, mengambil bahagian dalam program berkenaan bagi mempromosi produk serta perkhidmatan masing-masing.
"Acara ini menawarkan pelbagai sesi untuk disertai seperti seminar, penyampaian kertas kerja, dan kemas kini produk oleh pemain industri pelancongan tempatan. Sesi yang ditampilkan juga dibahagikan mengikut rantau Amerika, Eropah dan Oceania," katanya.
Malaysia Truly Asia AEROMEET 2021 menyediakan platform bagi pemain industri mengadakan sesi B2B dengan pelanggan serta media dari rantau AERO untuk berbincang mengenai perkembangan terkini sektor pelancongan, pelbagai acara, serta peluang-peluang perniagaan.
Tourism Malaysia, yang merupakan agensi dengan tugas khusus untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan berkata, pihaknya tidak sabar untuk membincangkan kemungkinan kerjasama dan perkongsian dengan memanfaatkan spektrum B2B.
Selain itu ia berharap untuk memulihkan keyakinan dalam kalangan agensi pelancongan antarabangsa untuk mempromosikan dan 'menjual' destinasi tarikan pelancong di Malaysia kepada orang ramai sebaik sahaja sempadan negara dibuka.
Majlis Pemulihan Negara (MPN) pada 11 Nov mencadangkan agar sempadan negara dibuka semula kepada pelawat asing selewat-lewatnya pada 1 Jan tahun depan dalam usaha mempercepatkan pemulihan ekonomi negara, khususnya dalam sektor pelancongan.
Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik sebagai berkata bahawa Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengenal pasti negara-negara berkaitan, terutama negara yang mempunyai kadar vaksin lengkap yang tinggi terhadap COVID-19, untuk dibenarkan masuk ke Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021
![Malaysia Truly Asia AEROMEET kembali Malaysia Truly Asia AEROMEET kembali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637189404_Aeromeet.jpg)
Malaysia Truly Asia AEROMEET 2021 menyediakan platform bagi pemain industri mengadakan sesi B2B dengan pelanggan serta media dari rantau AERO.
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Malaysia Truly Asia AEROMEET kembali Malaysia Truly Asia AEROMEET kembali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637189404_Aeromeet.jpg)
Malaysia Truly Asia AEROMEET kembali
Edisi Malaysia Truly Asia AEROMEET 2021 diadakan secara maya sepenuhnya bermula semalam dan akan berlangsung sehingga Khamis.