Malaysia menolak sepenuhnya kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Teodoro Locsin Jr. di Taklimat Bajet Jawatankuasa Peruntukan negara itu pada 4 Sept lepas berhubung negeri Sabah.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Ahad menegaskan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf, dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak terhadap negeri Sabah.
"Negeri Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia. Fakta ini telah diiktiraf dan diterima oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 Sept 1963.
"Oleh itu sebarang kenyataan yang merujuk atau mengaitkan tuntutan tidak wajar akan ditolak, (dianggap) sebagai tidak mesra dengan Malaysia," menurut kenyataan itu.
Media sebelum ini melaporkan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina mengesahkan semula tuntutan Filipina terhadap Sabah selepas wakil rakyat Lanao del Norte, Khalid Dimaporo bertanya sekiranya Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) ada memperuntukkan dana untuk Sabah.
Kementerian Luar berkata Malaysia meletakkan kepentingan tinggi dan amat menghargai hubungannya dengan Filipina, secara dua hala dan sebagai rakan kongsi dalam ASEAN, di samping sebagai rakan anggota lain-lain organisasi serantau dan antarabangsa.
"Hubungan Malaysia-Filipina yang terus berkembang dan membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara dan masing-masing rakyatnya, semestinya tidak memerlukan komen-komen yang tidak mesra dan memudarat sebegitu," menurutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019
Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Teodoro Locsin Jr. -Foto Reuters
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Malaysia tolak kenyataan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina mengenai Sabah
Malaysia tidak mengiktiraf, dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak terhadap negeri Sabah.