BANGKOK: Malaysia dan Thailand bersetuju untuk mewujudkan Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan menjadi platform strategik mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata MoU yang dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini, antara lain akan mengukuhkan kerjasama ketenteraan, dan meneroka bidang kerjasama baharu termasuk melibatkan industri pertahanan, sains pertahanan dan teknologi.
"Memandangkan kerjasama ketenteraan yang meluas antara Malaysia dan Thailand, saya mencadangkan pemeteraian MoU membabitkan kerjasama pertahanan.
"Saya dan (Menteri Pertahanan Thailand) Prayuth Chan o-cha telah menugaskan pegawai kanan kami untuk memuktamadkan MoU ini sebelum akhir tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau sebelum itu membuat kunjungan hormat dan mengadakan pertemuan dua hala dengan Prayuth di luar acara berkenaan. Prayuth sebelum ini juga merupakan perdana menteri Thailand dan sedang menunggu mahkamah menentukan sama ada beliau telah melepasi had tempoh jawatan perdana menteri seperti yang dibenarkan perlembagaan negara itu atau boleh meneruskan dengan jawatan itu.
Kedua-dua pemimpin menekankan hubungan pertahanan dua hala yang semakin kukuh, terutama menerusi tiga latihan yang dijalankan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Diraja Thailand (RTARF) tahun ini - iaitu THAMAL Udara, THAMAL Darat dan THAMAL Laut.
Hishammuddin juga memaklumkan bahawa Malaysia dan Thailand turut menyertai COBRA GOLD, iaitu latihan pelbagai hala yang dianjurkan secara bersama oleh Thailand dan Amerika Syarikat, tahun ini.
Sementara itu, Hishammuddin juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan kepada Prayuth bahawa Menteri Pertahanan Indonesia dan Singapura telah menyokong cadangan Malaysia untuk meningkatkan Rondaan Maritim Selat Melaka (MSP) dengan memperkenalkan Mesyuarat Menteri-menteri Quadrilateral membabitkan negara-negara yang terlibat.
"Prayuth mengalu-alukan cadangan itu dan berharap untuk menganjurkan Mesyuarat Menteri-menteri Quadrilateral di Thailand pada akhir tahun ini," katanya.
Beliau dan Prayuth juga membincangkan spektrum yang lebih luas mengenai isu serantau dan antarabangsa termasuk landskap keselamatan global termasuk konflik Rusia-Ukraine, Myanmar, dan perkembangan Rentas Selat.
Sementara itu, Hishammuddin turut menyaksikan Majlis Penyerahan Kontrak Penyertaan di mana lima syarikat memeterai komitmen mereka untuk mengambil bahagian - iaitu Kallman Worldwide, mewakili Pavilion Amerika Syarikat; Perkhidmatan Pexpo, mewakili Pavilion Jerman; Advance Defence System Sdn Bhd; MILDEF International Technologies Sdn Bhd; dan Ada Vinci Global Sdn Bhd.
Menteri itu turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas pemangku Perdana Menteri Prawit Wongsuwan di bangunan kerajaan bagi memperkukuh dan mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Thailand sebelum mengakhiri lawatan kerjanya.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) Datuk Seri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Lt Jen Datuk Indera Muhamad Norazlan Aris, dan Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022
Hishammuddin membuat kunjungan hormat dan mengadakan pertemuan dua hala dengan Prayuth di Bangkok. - Foto BERNAMA
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Malaysia, Thailand tingkat kerjasama pertahanan - Hishammuddin
Malaysia dan Thailand bersetuju untuk mewujudkan Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan menjadi platform strategik mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.