SURAT THANI (Thailand): Malaysia dan Thailand berminat untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor pelancongan dan pertanian dengan memanfaatkan potensi kedua-dua sektor terbabit, kata Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.
Jojie berkata pemain industri di wilayah Surat Thani menyatakan hasrat ingin bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka.
"Pertanian dan pelancongan adalah pemacu ekonomi utama di Surat Thani. Oleh itu, pihak kedutaan boleh membantu menghubungkan perniagaan Malaysia dan Thailand.
"Saya percaya terdapat potensi besar untuk kerjasama antara Malaysia dan Thailand, khususnya di Surat Thani. Lawatan saya dapat membantu mengembangkan rangkaian dan meneroka kaedah untuk meningkatkan perdagangan," katanya kepada Bernama.
Jojie melakukan lawatan kerja ke Surat Thani baru-baru ini dan bertemu dengan gabenornya Jedsada Jitrat, Datuk Bandar Prasert Boonprasop dan Presiden Dewan Perniagaan Surat Thani Kasien Laiyakosit.
Beliau turut melawat Ladang Udang Sirichai, Ladang Madavi, Ladang Durian Mega, loji kuasa biojisim, Green Energy Co Ltd dan syarikat logistik, MS North Star Logistics (Thailand) Co Ltd.
Terletak di selatan Thailand, Surat Thani terkenal dengan keindahan pantainya, hutan hujan yang subur dan budaya warisan yang pelbagai.
Sementara itu, sektor pertanian Surat Thani tertumpu pada penanaman ladang kelapa sawit, getah dan buah-buahan seperti durian di samping hasil laut, seperti udang, tiram dan ketam.
Dalam sektor pelancongan, Surat Thani turut menawarkan lokasi bagi pelancongan kesihatan, pengalaman menyelami budaya dan aktiviti pengembaraan seperti merentas hutan dan penjelajahan pulau.
"Lawatan ke Surat Thani memberi peluang kepada saya bertemu dengan pegawai kerajaan tempatan dan pemimpin perniagaan untuk meneroka bagaimana perniagaan Malaysia boleh mengembangkan kehadiran mereka dalam sektor pertanian dan pelancongan.
"Kunjungan itu juga bertujuan mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Thailand seperti yang dibincangkan semasa lawatan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin ke Malaysia ketika beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober," katanya.
Sementara itu, Kasien berkata lawatan kerja Jojie telah membuka peluang baharu bagi kerjasama antara Surat Thani dan Malaysia dalam sektor perdagangan dan pelaburan.
"Kami berharap dapat menarik pelaburan daripada syarikat Malaysia dalam sektor pertanian. Kami sedang berusaha untuk meningkatkan dan menambah nilai kepada produk pertanian melalui model ekonomi Bio-Circular-Green (BCG). Syarikat-syarikat Malaysia mempunyai kepakaran dan pengalaman yang diperlukan untuk membantu kami mencapai matlamat," katanya.
Kasien berkata syarikat Thailand dan Malaysia juga boleh bekerjasama dalam industri halal.
"Malaysia sebagai peneraju dalam pertumbuhan industri halal global boleh berkongsi kepakaran dan pengetahuan untuk membantu Thailand bertapak dalam pasaran itu," katanya.
Memandangkan perjalanan melalui jalan raya adalah cara mudah bagi rakyat Malaysia melawat selatan Thailand, beliau mencadangkan agar pemain industri pelancongan meneroka kaedah untuk menarik minat konvoi motosikal kuasa besar dan kumpulan karavan Malaysia melawat Surat Thani melalui jalan darat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
![Malaysia, Thailand hasrat kukuh kerjasama dalam pelancongan, pertanian Malaysia, Thailand hasrat kukuh kerjasama dalam pelancongan, pertanian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699603079_KohSamuiThailand.jpg)
Pulau Koh Samui adalah antara lokasi tumpuan pelancong di Surat Thani. - Gambar/ AFP Relax
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Ahli ekonomi yakin pertumbuhan KDNK sekitar 5.8 peratus pada suku kedua 2024 Ahli ekonomi yakin pertumbuhan KDNK sekitar 5.8 peratus pada suku kedua 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717305735_EkonomiMalaysia.jpg)
Ahli ekonomi yakin pertumbuhan KDNK sekitar 5.8 peratus pada suku kedua 2024
Kalangan ahli ekonomi yakin KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 akan berkembang pada 5.8 peratus berbanding 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini.
![Dua pelajar cemerlang Malaysia terpilih sertai CSSP di Geneva Dua pelajar cemerlang Malaysia terpilih sertai CSSP di Geneva](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723670962_ShimZiJunNurulN.jpg)
Dua pelajar cemerlang Malaysia terpilih sertai CSSP di Geneva
Dua pelajar cemerlang Malaysia dipilih menyertai Program Pelajar Musim Panas CERN (CSSP) 2024 di Geneva, Switzerland.
![Malaysia kekal destinasi utama bagi pelaburan PTTEP - BMI Malaysia kekal destinasi utama bagi pelaburan PTTEP - BMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613025046_TBPelantarMinyak.jpg)
Malaysia kekal destinasi utama bagi pelaburan PTTEP - BMI
Malaysia akan kekal sebagai destinasi utama bagi pelaburan syarikat minyak nasional Thailand, PTT Exploration and Production (PTTEP), dalam jangka masa pendek dan panjang.
![Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706688348_wismaputra.jpg)
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
![Malaysia perlu peroleh, bangunkan teknologi secara strategik untuk jadi negara maju Malaysia perlu peroleh, bangunkan teknologi secara strategik untuk jadi negara maju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708322217_TBLIEWCHINTONG.jpg)
Malaysia perlu peroleh, bangunkan teknologi secara strategik untuk jadi negara maju
Malaysia perlu bertindak secara strategik untuk memperoleh dan membangunkan teknologi sendiri ke arah menjadi negara maju, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
![Eksport minyak Malaysia naik 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai - MPOB Eksport minyak Malaysia naik 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai - MPOB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723453412_MinyakSawitMalays.jpg)
Eksport minyak Malaysia naik 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia melonjak 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai 2024 daripada 1.21 juta tan pada Jun 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
![[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan [LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/61491288728_SingaporeMerlion.jpg)
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.
![Perkasakan belia untuk kemajuan masa depan - Adam Adli Perkasakan belia untuk kemajuan masa depan - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720134839_AdamAdli.jpg)
Perkasakan belia untuk kemajuan masa depan - Adam Adli
Pengiktirafan Malaysia terhadap golongan itu adalah penting dalam usaha membentuk masa depan negara dan merujuk pengenalan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 tahun lepas.
![Australia dan Malaysia jalin hubungan Australia-ASEAN yang lebih kukuh - Heinecke Australia dan Malaysia jalin hubungan Australia-ASEAN yang lebih kukuh - Heinecke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723203849_TBDanielleHeinecke.jpg)
Australia dan Malaysia jalin hubungan Australia-ASEAN yang lebih kukuh - Heinecke
Heinecke menyamakan hubungan antara Australia dan ASEAN dengan gabungan popular Malaysia, "Roti Canai dan Teh Tarik," yang menggambarkan sinergi semula jadi antara kedua-duanya.
![Bulan Kebangsaan MY-SG: Mengurus pembangunan tanah secara hemat dan mampan Bulan Kebangsaan MY-SG: Mengurus pembangunan tanah secara hemat dan mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/51505487661_SingaporeCircuit.jpg)
Bulan Kebangsaan MY-SG: Mengurus pembangunan tanah secara hemat dan mampan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, melaporkan pendekatan Singapura membangunkan sumber tanah dengan hemat.