KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, Malaysia menetapkan sasaran indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Kebangsaan dan memuktamadkan sembilan inisiatif bagi mempercepat pencapaian SDG di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sasaran indikator SDG kebangsaan dan inisiatif itu akan diterjemah dalam Pelan Hala Tuju SDG Fasa 2 yang diterbitkan pada Disember ini.
Anwar berkata ia antara perkara yang dimuktamad dalam Mesyuarat Majlis SDG Negara bagi 2023 yang dipengerusikan oleh beliau hari ini bagi memastikan pelaksanaan lebih berkesan ke arah mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030 (Agenda 2030) yang hanya berbaki kira-kira tujuh tahun.
Beliau berkata mesyuarat itu turut memutuskan bahawa Pusat SDG Negara (PSN) di bawah Kementerian Ekonomi bertanggungjawab meningkatkan tindakan penyelarasan SDG di peringkat kebangsaan, menambah baik pencapaian SDG negara serta meningkatkan kesedaran dalam pelaksanaan SDG dan penerimagunaan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
"(Selain itu) menambah baik struktur tadbir urus SDG Kebangsaan selari dengan fungsi semasa kementerian-kementerian serta memperkasa peranan kementerian-kementerian di peringkat Persekutuan sebagai kementerian peneraju bagi setiap matlamat SDG," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kementerian peneraju bertanggungjawab melaksanakan gerak kerja bagi memastikan setiap sasaran SDG dapat dicapai dalam tempoh ditetapkan.
Beliau berkata sehubungan itu, semua wacana dan program anjuran kementerian serta agensi perlu dijajarkan kepada SDG.
Perdana Menteri juga berkata secara keseluruhannya, prestasi SDG Malaysia masih mencatatkan kemajuan yang positif walaupun berdepan cabaran dan situasi semasa di peringkat global serta tempatan seperti kesan pascapandemik COVID-19, cabaran perubahan iklim dunia, krisis inflasi dan kemelut geopolitik antarabangsa.
Anwar memaklumkan antara pencapaian negara ialah penurunan peratusan di bawah garis kemiskinan daripada 8.4 peratus pada 2020 kepada 6.2 peratus pada 2022 iaitu SDG 1 (Tiada Kemiskinan).
Menerusi SDG 8 (Pekerjaan yang Sesuai dan Pertumbuhan Ekonomi), kadar pengangguran berkurangan daripada 4.6 peratus pada 2021 kepada 3.4 peratus pada Ogos 2023.
Bagi SDG 17 (Kerjasama Demi Matlamat) pula, penggunaan Internet individu meningkat daripada 81.2 peratus pada 2018 kepada 97.4 peratus pada 2022.
Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa komited untuk mencapai Agenda 2030 dan akan terus memperkukuh tindakan bagi mencapai 17 SDG.
Beliau berkata justeru, komitmen semua termasuk Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan lain adalah penting untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara mampan menjelang 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sasaran indikator SDG kebangsaan dan inisiatif itu akan diterjemah dalam Pelan Hala Tuju SDG Fasa 2 yang diterbitkan pada Disember ini. - Gambar fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Malaysia tetapkan sasaran indikator SDG kebangsaan - PM
Buat julung kalinya, Malaysia menetapkan sasaran indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Kebangsaan dan memuktamadkan sembilan inisiatif bagi mempercepat pencapaian SDG di negara ini.