Malaysia tetap melayan pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan berperikemanusiaan walaupun mereka bekerja dan tinggal di negara ini secara haram.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, segala tuduhan negatif terhadap kerajaan membabitkan pengendalian PATI adalah tidak adil.
Beliau berkata, kerajaan melalui jabatan serta agensi penguatkuasaan juga tidak mengambil kesempatan untuk menyerbu lokasi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan menangkap mereka.
“Layanan yang baik diberikan kepada PATI dan ini dapat dilihat menerusi saringan COVID-19 sebanyak dua kali sehingga mereka disahkan negatif. Mereka kemudian dihantar ke depoh tahanan.
“Jika mereka didapati negatif, kami berbincang dengan negara asal untuk mengambil rakyat mereka pulang ke tanah air masing-masing.
“Kami minta Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Luar untuk berbincang dengan negara asal mereka,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Rabu.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang mendakwa bahawa kerajaan Malaysia mencemuh pekerja asing.
“Tidak baik menuduh Malaysia bertindak tanpa perikemanusiaan. Sebenarnya, negara lain jauh lebih teruk dalam mengendalikan PATI di negara mereka.
"Kita sudah dikira baik. Jadi tak payahlah ada dalam kalangan pemimpin politik atau pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil kesempatan ini untuk jadi 'hero' kepada PATI," katanya.
Isabelle Leong
Wed May 27 2020

Ismail Sabri berkata kerajaan tidak ambil kesempatan untuk menyerbu lokasi PKPD dan menangkap pendatang asing tanpa izin. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Malaysia tetap layan PATI dengan baik walaupun masuk secara haram - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata kerajaan tidak ambil kesempatan untuk menyerbu lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan menangkap mereka.