JOHOR BAHRU: Sistem pertahanan negara menerima kira-kira 3,000 serangan siber setiap hari khususnya selepas Malaysia menyatakan sokongan terhadap Palestin, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata serangan melibatkan pelbagai pihak itu bukan sahaja bertujuan untuk mengintip pergerakan Malaysia terhadap konflik yang berlaku di Gaza itu, malah mereka turut menggodam sistem pertahanan negara.
"Jumlah serangan meningkat selepas Malaysia menyatakan pendirian dalam isu Palestin. Mereka bukan sahaja mungkin berjaya godam sistem kita, tapi yang penting mereka dapat masuk, mengintip dan mendengar selain meninjau pergerakan dan perbualan kita seperti dalam isu Palestin dan sebagainya.
"Jadi bukan sahaja (serangan) kita nampak dalam bentuk fizikal tetapi juga dalam bentuk siber sekuriti, setiap hari lebih kurang 3,000 serangan, usaha-usaha dilakukan untuk masuk dalam sistem kita oleh pelbagai pihak, siapa pihaknya tidak perlu bagi tahu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama Warga Tentera Darat Malaysia di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram di sini malam ini.
Berhubung penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Rabu lepas, Mohamed Khaled berkata Kementerian Pertahanan sedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Soal ini kalau ada diminta (bantuan) kita sedia bantu, tetapi soal keselamatan dalam negara bawah bidang kuasa polis. Kita percaya mereka mampu jalankan tanggungjawab untuk siasat perkara ini.
"... tetapi di peringkat kementerian, kita juga akan pertingkatkan kawalan keselamatan negara agar terus terjaga," katanya.
Terdahulu, Mohamed Khaled menyantuni dua anggota yang menghuni Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa PULADA iaitu Staf Sarjan Iwot Gungkil dan Koperal Morrison Ferlix.
Beliau turut menyampaikan replika cek Peruntukan Keseluruhan Senggaraan RKAT 2024 berjumlah RM199.5 juta kepada Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
![Malaysia terima 3,000 serangan siber setiap hari - Mohamed Khaled Malaysia terima 3,000 serangan siber setiap hari - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710040301_KhaledNordin.jpg)
Sistem pertahanan negara menerima kira-kira 3,000 serangan siber setiap hari khususnya selepas Malaysia menyatakan sokongan terhadap Palestin, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - BERNAMA
![Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penyokong anggap kemenangan buruh berita sangat hebat
Sementara itu, kumpulan penyokong Parti Buruh Britain gembira dengan laporan yang menyebut parti konservartif kalah teruk dalam pilihan raya yang diadakan
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
![Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024 Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720154151_tbKeirStarmerlead.jpg)
Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024
Menepati ramalan, parti pembangkang, Parti Buruh Berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain pada Jumaat.
Ringgit dijangka kukuh pada separuh tahun kedua 2024 - Pakar
Menurut Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, pengukuhan ini dijangka akan menarik masuk dana asing ke dalam negara yang seterusnya akan memberi impak positif kepada pasaran saham tempatan.
Proses kira undi di Parlimen Rishi Sunak sedang berlangsung
Proses pengiraan undi sedang berlangsung di Kawasan parlimen Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak di Richmond, North Yorkshire, pada awal Jumaat.
![PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan
Lelaki berusia 30 an itu masih direman dan kawad cam akan dilakukan hari ini, kata Ketua Polis Pulau Pinang.
![Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720153038_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
KESUMA arah KSU, Ketua Eksekutif HRD CORP buat laporan SPRM
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengarahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Sri Khairul Dzaimee dan Ketua Eksekutif HRD CORP Datuk Wira Shahul Dawood membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat masalah didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
BUDI Madani : Bantuan bermakna untuk ringankan beban rakyat
Inisiatif kerajaan menyalurkan subsidi diesel bersasar menerusi BUDI Madani dilihat membantu meringankan beban ditanggung rakyat.
![Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18 Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720154048_tbAppleA.jpg)
Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18
Peranti ini dikatakan akan berada dalam kategori yang sama dengan HomePod dan Apple TV iaitu aksesori untuk rumah.
![Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024 Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713405340_telegramjpg.jpg)
Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024
Aktiviti jenayah siber di Telegram meningkat sebanyak 53 peratus pada Mei hingga Jun 2024 berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data Perisikan Jejak Digital Kaspersky.
![RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716108297_TBTEONIECHING.jpg)
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
![Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023 Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
![Dell sahkan data 49 juta pelanggan dicuri penggodam Dell sahkan data 49 juta pelanggan dicuri penggodam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715316522_DELLjpg.jpg)
Dell sahkan data 49 juta pelanggan dicuri penggodam
DELL menghantar notifikasi kepada pelanggan selepas mengesahkan mereka telah menjadi mangsa godam.
![Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/61524126818_Internet.jpg)
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
![Bukan hanya Apple, 'spyware' juga beri risiko kepada pengguna Android Bukan hanya Apple, 'spyware' juga beri risiko kepada pengguna Android](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712998834_TBCYBERSECURITY.jpg)
Bukan hanya Apple, 'spyware' juga beri risiko kepada pengguna Android
Teknologi yang diguna pakai bagi pembangunan 'spyware' bukanlah seperti virus biasa, yang mampu disekat oleh aplikasi antivirus.
![NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694656403_iPhone.jpg)
NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple
NC4 dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.
![Microsoft dipersalahkan dalam serangan siber penggodam China Microsoft dipersalahkan dalam serangan siber penggodam China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642673370_microsoft.jpg)
Microsoft dipersalahkan dalam serangan siber penggodam China
Serangan siber ini dipercayai sepatutnya tidak berlaku dan boleh dihalang. Namun begitu kegagalan sekuriti oleh Microsoft menjadi penyebab insiden ini berlaku.
![Malaysia terima 3,000 serangan siber setiap hari - Mohamed Khaled Malaysia terima 3,000 serangan siber setiap hari - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710040301_KhaledNordin.jpg)
Malaysia terima 3,000 serangan siber setiap hari - Mohamed Khaled
Sistem pertahanan negara menerima kira-kira 3,000 serangan siber setiap hari khususnya selepas Malaysia menyatakan sokongan terhadap Palestin, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
![Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber - Cisco Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber - Cisco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652804201_CyberAttack.jpg)
Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber - Cisco
Kos yang terpaksa ditanggung akibat kegagalan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan anggaran sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).