KUALA LUMPUR: Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai daya tahan ketara serta berpotensi untuk pulih biarpun dalam persekitaran mencabar akibat pandemik COVID-19, kata Bank Dunia.
Dalam laporan bertajuk 'Building Malaysia's Resilience: Lessons from COVID-19's Economic Impacts and Policy Responses' (Membina Daya Tahan Malaysia : Iktibar Impak Ekonomi dan Tindak Balas Dasar Akibat COVID-19), Bank Dunia juga menyifatkan Malaysia sebagai peneraju dalam kaji selidik yang turut melibatkan Kemboja, Indonesia, Mongolia, Filipina dan Vietnam.
Kaji selidik tersebut meneliti kesan ekonomi dan tindak balas kerajaan terhadap pandemik di enam negara berkenaan.
Kesemua enam negara terbabit mengharungi krisis tersebut secara berbeza dan telah bertindak melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mengekang penularan virus selain mengurangkan impak ekonomi dengan pelbagai peringkat kejayaan, kata bank itu.
Pengurus Bank Dunia bagi Malaysia, Yasuhiko Matsuda berkata kejutan akibat COVID-19 telah mengurangkan jumlah pekerjaan dan pendapatan isi rumah, namun laporan itu sebaliknya menunjukkan Malaysia berupaya mencatat prestasi baik berbanding lima negara itu di peringkat makro.
"Kejutan jualan di Malaysia lebih terkawal manakala keperluan menghentikan kerja/kegiatan pula adalah sederhana. Bagaimanapun, impak pandemik itu adalah tidak sekata.
"Di Malaysia, syarikat-syarikat lebih kecil, golongan miskin dan isi rumah yang rentan lebih mudah terjejas dan kurang mendapat akses bagi bantuan kerajaan. Masalahnya adalah aspek jurang digital," katanya.
Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan Ririn Salwa Purnamasari ketika membentangkan laporannya, mengetengahkan keadaan ekonomi Malaysia yang stabil dan berkembang sebelum pandemik dengan mencatat pertumbuhan tahunan pada lima peratus.
Ini menjadikannya sebagai antara paling mewah dalam kalangan enam negara yang ditinjau serta paras hutang kerajaan yang rendah dan membolehkan pelaksanaan pendekatan berkesan bagi mengurangkan impak pandemik selain memastikan kemampanan hutang jangka panjang.
"Di sebalik kemajuan itu, Malaysia masih berdepan cabaran bagi mengurangkan kemiskinan dan ketidaksamaan dengan indeks Gini secara relatifnya kekal tinggi untuk sebuah negara yang berhasrat menjadi mencapai status berpendapatan tinggi," katanya.
Beliau juga menyifatkan pengalaman pandemik COVID-19 memberi pengajaran bermakna dari segi membina daya tahan serta pengurusan krisis pada masa depan.
"Kerajaan perlu mengutamakan pemulihan secara saksama, memanfaatkan kemajuan teknologi dan mengukuhkan jaringan keselamatan sosial untuk melindungi kumpulan rentan.
"Pada masa sama, ia juga harus melakukan penelitian berterusan dan menambah baik dasar serta pelaburan dalam membuat sebarang keputusan berdasarkan data. Ini penting dalam usaha mengemudi cabaran di masa depan secara berkesan selain memastikan pasaran tenaga kerja yang lebih berdaya tahan dan inklusif," katanya.
Ketika tempoh pandemik itu, Malaysia telah melaksanakan pelbagai pakej bantuan dengan liputan meluas serta melibatkan gabungan mekanisme atau instrumen bagi syarikat-syarikat serta isi rumah.
Beliau berkata, berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini, Malaysia banyak bergantung kepada sokongan dalam membantu syarikat dari segi mudah tunai, kredit dan pinjaman dan secara relatifnya rendah dalam memberi sokongan langsung kepada isi rumah.
Malaysia melaksanakan pemberian gabungan bantuan kerajaan yang besar namun lebih wajar jika lebih bersasar serta diselaras.
Ini kerana, sokongan kepada firma atau perniagaan dilihat sebagai "berat sebelah"dengan disasarkan kepada perniagaan lebih produktif dan besar manakala sokongan untuk isi rumah adalah promiskin namun tidak responsif terhadap kejutan, kata Ririn.
"Penangguhan pembayaran bersasar (bagi cukai atau bayaran balik pinjaman) adalah lebih berkesan berbanding sokongan pendapatan dan mudah tunai dalam menangani krisis modal kerja.
"Subsidi upah misalnya membantu pekerja daripada kesan penuh krisis ekonomi itu serta memelihara hubungan antara majikan dan pekerja manakala bantuan sosial mengurangkan bebanan terhadap isi rumah ketika krisis...namun tahap manfaat itu secara amnya tidak mencukupi," katanya.
Bagi kemajuan masa depan, beliau berkata berdasarkan ruang fiskal yang ketat dan ketidakpuasan berterusan, aspek yang diperlukan adalah sasaran yang lebih baik atau wajar serta penyatuan mekanisme sokongan berkaitan.
"Program pasaran tenaga kerja yang aktif, termasuk latihan semula atau meningkatkan kemahiran pekerja juga perlu agar membolehkan mereka lebih aktif dalam pekerjaan dan pasaran.
"Ini lebih mampan kerana menjadikan pekerja mempunyai lebih banyak kuasa atau keupayaan untuk melakukan tugas sendiri dan terbabit dalam aktiviti ekonomi yang boleh memberi manfaat bagi tempoh lebih panjang," katanya.
Dalam pada itu, menyentuh aspek pemindahan tunai, Matsuda berkata ini mencabar untuk Malaysia kerana walaupun kerajaan mampu menampung sebahagian besar penduduk, jumlahnya masih agak kecil berbanding yang diterima di negara lain.
Berikutan itu, beliau menyifatkan kesan pemindahan tunai di Malaysia sebagai terhad.
"Ada yang tidak menerimanya manakala di pihak lain pula menerima jumlah tidak mencukupi yang dapat memberi kesan yang benar-benar ketara," katanya sambil menegaskan setiap liputan dan jangkauan adalah penting.
Menurutnya, krisis akibat pandemik itu terbukti meningkatkan aspek penerimagunaan teknologi digital dan membangkitkan potensinya bagi memacu produktiviti serta inovasi.
"Kerajaan dan perniagaan perlu melabur dalam infrastruktur digital dan keupayaan bekerja secara jarak jauh bagi meningkatkan daya tahan dan kecekapan ketika krisis di masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Ketika tempoh pandemik, Malaysia telah melaksanakan pelbagai pakej bantuan dengan liputan meluas serta melibatkan gabungan mekanisme atau instrumen bagi syarikat-syarikat serta isi rumah. - Gambar hiasan
GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara, khususnya dalam meningkatkan akses kepada rawatan kanser berkualiti.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Seharian tak pulang, warga emas ditemui maut dihempap pokok ditebang
Mangsa berusia 67 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 1 tengah hari selepas didapati tidak pulang ke rumah.
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Ringgit ditutup pada 4.12, paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan
Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Pelancongan global hampiri pemulihan sepenuhnya dengan mencapai 96 peratus tahap sebelum pandemik
Walaupun menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik yang berterusan, sektor pelancongan dijangka pulih sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat mencadangkan kerajaan meningkatkan penyelidikan untuk antimikrob termasuk antibiotik dan antiviral generasi seterusnya bagi menghadapi cabaran AMR.
Festival Menyelam Labuan 2.0 bermula hari ini
Festival Menyelam Labuan 2.0 yang menghimpunkan penyelam dari dalam dan luar negara bermula hari ini dan akan berlangsung hingga Ahad depan.
Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi
INB akan meneruskan mandatnya untuk menyampaikan perjanjian itu menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 2025, atau lebih awal.
97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.
Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.
Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.