JOHOR BAHRU: Kerajaan kini dalam usaha mengurangkan kebergantungan import makanan negara selain mahu memperkasakan sektor pertanian negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah yang akan diterajui Jabatan Pertanian itu merupakan usaha jangka sederhana seterusnya dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.
Jelasnya, kini negara mengimport produk makanan termasuk benih tumbuhan dengan nilai amat besar dan menelan kos hampir RM70 bilion setahun.
"Jangka sederhana bererti penanaman. Malaysia ini mempunyai hujan, air, kesuburan tanah, namun kita import produk makanan amat besar sehingga RM70 bilion setahun.
"Kerajaan India juga dilaporkan akan naikkan cukai eksport bawang merah dan bawang putih sehingga 40 peratus, ia bukan di bawah kawalan kita.
"Ia belum dilaksanakan (cukai eksport bawang) tetapi kita menjangka apabila dilaksanakan harga dua keperluan ini akan naik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kenduri Rakyat dan penyampaian Bantuan Bakul Rahmah di Dataran Taman Dahlia, di sini, pada Jumaat.
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fauziah Salleh.
Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, program Jualan Rahmah mencatatkan jualan dan pengunjung yang tinggi setiap kali diadakan sekali gus membuktikan langkah kerajaan itu berjaya memanfaatkan rakyat.
Jelasnya, pencapaian tersebut menepis kritikan sesetengah pihak berkenaan isu harga barang tidak memberi impak kepada rakyat.
"Menerusi Jualan Rahmah, peniaga masih dapat keuntungan yang munasabah. Rakyat juga tidak menerima tekanan daripada peniaga sehingga harga barang itu terlalu tinggi.
"Ada hal yang kita kawal, telur dan ayam umpamanya untuk harga rendah, kerajaan yang tampung menerusi subsidi," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 25 2023
!['Malaysia tanah subur tapi import makanan RM70 bilion setahun' - PM 'Malaysia tanah subur tapi import makanan RM70 bilion setahun' - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692959887_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar berkata, negara mengimport produk makanan termasuk benih tumbuhan dengan nilai amat besar dan menelan kos hampir RM70 bilion setahun. - Gambar fail
![Ringgit ditutup sedikit rendah selepas cecah paras tertinggi baharu dalam enam bulan Ringgit ditutup sedikit rendah selepas cecah paras tertinggi baharu dalam enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup sedikit rendah selepas cecah paras tertinggi baharu dalam enam bulan
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6680/4710 berbanding dolar AS daripada 4.6625/6660 ketika ditutup semalam.
![#AgongKita: Alunan Surah Yasin, doa selamat buka tirai Istiadat Pertabalan Baginda #AgongKita: Alunan Surah Yasin, doa selamat buka tirai Istiadat Pertabalan Baginda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721308176_YangdiPertuanAgon.jpg)
#AgongKita: Alunan Surah Yasin, doa selamat buka tirai Istiadat Pertabalan Baginda
Sultan Ibrahim memilih untuk mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga berwarna hijau pada acara pertama sempena Istiadat Pertabalan Baginda.
AWANI Ringkas: RUU Akta Penagih Dadah diluluskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Kematian di hotel Bangkok: PM Vietnam gesa perlindungan warga Kematian di hotel Bangkok: PM Vietnam gesa perlindungan warga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713943100_PhamMinhChinh.jpg)
Kematian di hotel Bangkok: PM Vietnam gesa perlindungan warga
Pham Minh Chinh meminta MoFA untuk berkoordinasi rapat dengan pihak Thailand dalam siasatan dan perlindungan warga selepas kematian empat warga Vietnam di sebuah hotel di Bangkok.
![Pengasuh didenda dan diarah jalani khidmat masyarakat Pengasuh didenda dan diarah jalani khidmat masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720604158_courtgavelmahkam.jpg)
Pengasuh didenda dan diarah jalani khidmat masyarakat
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan jaminan RM2,000.
![Lelaki tunggang motosikal sambil acu pistol tiruan ditahan Lelaki tunggang motosikal sambil acu pistol tiruan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721301371_PistolMainan.jpg)
Lelaki tunggang motosikal sambil acu pistol tiruan ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil memegang sebuah objek menyerupai pistol di sekitar Bukit Besar di sini, hari ini.
Dermaga terapung AS di Gaza dihenti tugas
Amerika Syarikat menghentikan operasi dermaga terapung sementara yang dibina untuk menghantar bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.
![Miliki dadah: Empat lelaki terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 20 tahun Miliki dadah: Empat lelaki terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 20 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720604158_courtgavelmahkam.jpg)
Miliki dadah: Empat lelaki terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 20 tahun
Empat lelaki terlepas tali gantung selepas pertuduhan mengedar 2.264 kilogram metamfetamina yang dihadapi mereka dikurangkan kepada memiliki dadah berkenaan.
Hidup sihat: Kenapa perlu lari sepantas Azeem? Ukur baju di badan sendiri – Pakar
Koordinator Program Sarjana Muda Pengurusan Sukan, Fakulti Sukan dan Sians Eksesais, Universiti Malaya, Dr. Mohd Firdaus Abdullah berkata tidak perlu letakkan sasaran mencapai keupayaan fizikal seperti atlet profesional. Jelasnya, perkata yang paling penting untuk mencapai gaya hidup sihat adalah dengan beri tumpuan kepada keperluan peribadi, bukannya membandingkan diri dengan orang lain. #DialogTigaPenjuru
Penggunaan skrin terlalu lama jadi faktor penyumbang 81 peratus kanak-kanak tidak aktif - Pakar
Pakar perubatan keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah berkata 81 peratus kanak-kanak tidak jalani gaya hidup aktif. Menurutnya, antara faktor yang menyumbang kepada kadar yang tinggi ini adalah penggunaan skrin yang lama sebagai rutin harian. #DialogTigaPenjuru
![MARDI perkenal tiga klon kopi Liberica baharu, bantu tingkat hasil petani MARDI perkenal tiga klon kopi Liberica baharu, bantu tingkat hasil petani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686994040_TBMARDI.jpg)
MARDI perkenal tiga klon kopi Liberica baharu, bantu tingkat hasil petani
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya menghasilkan tiga lagi klon kopi baharu jenis Liberica.
![Vietnam kurang eksport beras, tidak jejaskan Malaysia - Mohamad Sabu Vietnam kurang eksport beras, tidak jejaskan Malaysia - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686805889_MohamadSabu.jpg)
Vietnam kurang eksport beras, tidak jejaskan Malaysia - Mohamad Sabu
Media melaporkan Vietnam menyasarkan untuk mengurangkan eksport beras daripada 7.1 juta tan tahun lalu kepada empat juta tan setiap tahun menjelang 2030.
![Sektor pertanian, perikanan, penternakan rugi RM193.6 juta akibat banjir sejak dua tahun lalu Sektor pertanian, perikanan, penternakan rugi RM193.6 juta akibat banjir sejak dua tahun lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677558659_ChanFoongHin.jpg)
Sektor pertanian, perikanan, penternakan rugi RM193.6 juta akibat banjir sejak dua tahun lalu
Sebanyak RM193.6 juta kerugian dicatatkan sepanjang tempoh dua tahun lalu melibatkan sektor pertanian, perikanan serta penternakan akibat bencana banjir.
![Keselamatan makanan: Tiada isu berkaitan ikan... - Dr Noor Hisham Keselamatan makanan: Tiada isu berkaitan ikan... - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41468982165_Sardine.jpg)
Keselamatan makanan: Tiada isu berkaitan ikan... - Dr Noor Hisham
Orang ramai tidak perlu bimbang kerana jika virus berkenaan terdapat pada makanan, ia akan mati apabila makanan tersebut dimasak.