PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura hari ini mengadakan perbincangan hala tuju kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital susulan pembaharuan memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu, pada 30 Jan lepas.
MoU berkenaan ditandatangani semasa lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura, Isnin lepas.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini berkata MoU yang memperbaharui kerjasama antara Malaysia dan Singapura itu menyediakan platform kepada agensi-agensi di kedua-dua negara untuk memulakan kerjasama yang lebih mendalam dalam tiga bidang berkenaan.
"Antara kerjasama yang dirangka adalah perkongsian maklumat dan kepakaran serta amalan terbaik antara Malaysia dan Singapura dalam menangani isu penipuan dalam talian (online scam) secara lebih berkesan dan mengoptimumkan penggunaan data sebagai sumber komoditi yang berharga dalam pertumbuhan ekonomi digital negara," katanya.
Fahmi berkata demikian selepas mesyuarat dengan Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura Josephine Teo di Putrajaya di sini.
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia Vanu Gopala Menon, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek dan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura Joseph Leong.
Sementara itu, Fahmi turut mengalu-alukan kesudian rakan sejawatnya dari Singapura serta delegasi untuk menghadiri konsert Muzika Ekstravaganza yang dihoskan oleh Malaysia, malam ini.
Konsert anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MediaCorp Suria Singapura itu merupakan konsert kali ke-14 yang bermatlamat menaikkan taraf industri muzik kedua-dua negara menerusi pertukaran kepakaran dan pengalaman serta penggunaan teknologi, selain memberi pendedahan kepada budaya kerja antara kedua-dua stesen penyiar itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
![Malaysia, Singapura bincang hala tuju bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital Malaysia, Singapura bincang hala tuju bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675516198_BPFAHMI.jpg)
Malaysia dan Singapura hari ini mengadakan perbincangan hala tuju kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital susulan pembaharuan MoU mengenai perkara itu, pada 30 Jan lepas. - Foto BERNAMA
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739221824_KabelDasarLaut.jpg)
Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi
Perbincangan akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura.
![JS-SEZ akan lonjak kemajuan ekonomi Malaysia-Singapura JS-SEZ akan lonjak kemajuan ekonomi Malaysia-Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717932773_AmirHamzahAzizan.jpg)
JS-SEZ akan lonjak kemajuan ekonomi Malaysia-Singapura
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah bukti visi bersama Malaysia dan Singapura dalam usaha saling melengkapi kelebihan negara untuk memacu kemajuan ekonomi.
![Malaysia, Singapura capai kesepakatan, kemajuan beberapa isu tertunggak - Anwar Malaysia, Singapura capai kesepakatan, kemajuan beberapa isu tertunggak - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728515852_tbASEANSummits.jpg)
Malaysia, Singapura capai kesepakatan, kemajuan beberapa isu tertunggak - Anwar
Anwar berkata ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini.
![Malaysia-Singapura rakan strategik untuk kerjasama kukuh - PM Anwar Malaysia-Singapura rakan strategik untuk kerjasama kukuh - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727327505_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia-Singapura rakan strategik untuk kerjasama kukuh - PM Anwar
Hubungan erat antara kedua-dua negara mampu mencapai kejayaan lebih besar melalui pendekatan menang-menang.
![Jangan biar sesuatu isu dipolitikkan hingga cemari hubungan Singapura-Malaysia - Lee Jangan biar sesuatu isu dipolitikkan hingga cemari hubungan Singapura-Malaysia - Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721384060_LeeHsienLoong.jpg)
Jangan biar sesuatu isu dipolitikkan hingga cemari hubungan Singapura-Malaysia - Lee
Singapura dan Malaysia tidak boleh membiarkan sesuatu isu dipolitikkan dan dimainkan, atau meracuni hubungan keseluruhan antara kedua-dua negara, kata Menteri Kanan Lee Hsien Loong.
![PM Anwar, PM Lee saksi detik bersejarah RTS Link “disambungkan” antara Malaysia, Singapura PM Anwar, PM Lee saksi detik bersejarah RTS Link “disambungkan” antara Malaysia, Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698669401_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar, PM Lee saksi detik bersejarah RTS Link “disambungkan” antara Malaysia, Singapura
Penyambungan itu melibatkan penyempurnaan span, iaitu titik pertemuan jejambat marin projek tersebut antara Johor Bahru dan Singapura.
![MITI meterai surat sampingan tambah baik peruntukan MSBDF - Tengku Zafrul MITI meterai surat sampingan tambah baik peruntukan MSBDF - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698701372_TengkuZafrul.jpg)
MITI meterai surat sampingan tambah baik peruntukan MSBDF - Tengku Zafrul
MITI pada Isnin memeterai surat sampingan untuk menambah baik peruntukan dalam Perjanjian bagi MSBDF.
!['Learning Journey' cabang baharu buat Malaysia pikat pelancong seluruh dunia 'Learning Journey' cabang baharu buat Malaysia pikat pelancong seluruh dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677598989_TBLEARNINGJOURNEY.jpg)
'Learning Journey' cabang baharu buat Malaysia pikat pelancong seluruh dunia
Kerajaan negeri merancang membawa masuk ejen pelancongan dari Singapura untuk meneliti apa yang boleh ditawarkan kepada pelancong.
![Malaysia, Singapura bincang hala tuju bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital Malaysia, Singapura bincang hala tuju bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675516198_BPFAHMI.jpg)
Malaysia, Singapura bincang hala tuju bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital
MoU berkenaan ditandatangani semasa lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura, Isnin lepas.
![Malaysia-Singapura rangka kerjasama tangani isu penipuan dalam talian Malaysia-Singapura rangka kerjasama tangani isu penipuan dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675512677_FahmiFadzil.jpg)
Malaysia-Singapura rangka kerjasama tangani isu penipuan dalam talian
Malaysia dan Singapura sedang merangka kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran serta amalan terbaik dalam menangani isu penipuan dalam talian (online scam) secara lebih berkesan.