Afghanistan, yang mahu memperkukuhkan hubungan dengan Malaysia, melihat negara ini sebagai rakan kongsi berpotensi untuk merealisasikan aspirasi ekonominya, kata Duta Afghanistan di Malaysia, Atiqullah Atifmal.
Beliau berkata Afghanistan sedang mencari lebih banyak pelaburan asing, khususnya dari negara seperti Malaysia, untuk membantunya membangun lagi sekali gus melakar masa depan lebih baik.
Duta itu mengalu-alukan penyertaan pelabur Malaysia dalam sektor perlombongan, pertanian, agro-pemprosesan, pembangunan infrastruktur dan teknologi maklumat Afghanistan.
Beliau berkata, pelabur dalam sektor tersebut menikmati pemilikan 100 peratus bagi pelaburan mereka dan pajakan tanah jangka panjang pula sehingga 100 tahun.
"Afghanistan kaya dengan sumber asli yang boleh dimanfaatkan untuk pertumbuhan ekonominya," katanya kepada Bernama semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan Afghanistan ke-98 di sini, semalam.
Atiqullah berkata Afghanistan mempunyai deposit mineral yang terbukti belum diteroka bernilai sehingga AS$3 trilion (AS$1=RM4.28), yang boleh menjadikan negara itu antara wilayah perlombongan terkaya di dunia.
Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), perdagangan dua hala antara Malaysia dan Afghanistan dijangka meningkat 10 peratus tahun ini daripada AS$85.1 juta yang dicatat pada 2016, dengan dipacu peningkatan kerjasama antara kedua-dua negara.
Pada Mei lepas, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslandilaporkan berkata produk minyak sawit dan pertanian berasaskan sawit merupakan eksport utama ke Afghanistan, menyumbang 90.6 peratus daripada keseluruhan eksport ke negara itu pada 2016.
Beliau berkata syarikat dari Afghanistan telah menyertai dua projek pembuatan bernilai AS$2.28 juta di sini, yang mewujudkan 166 pekerjaan.
Pelaburan Malaysia di Afghanistan, sebaliknya pula bernilai US$1.05 juta, terutama dalam aktiviti kewangan Islam dan insurans atau takaful.
Atiqullah berkata lokasi strategik Afghanistan sebagai 'Heart of Asia' berpotensi membolehkan negara itu memainkan peranan utama bagi transit perdagangan dalam rantau, sekali gus menjadinya sebagai hab transit penting di rantau itu.
"Lokasi geografik Afghanistan yang unik menjadikannya laluan penting antara Asia Selatan dan Asia Tengah," katanya.
Beliau berkata Afghanistan merupakan destinasi eksport yang menawarkan peluang besar kepada minyak sawit, barangan elektrik dan elektronik, optikal dan peralatan saintifik.
Duta itu berkata, Afghanistan berterima kasih kepada Malaysia yang mengalu-alukan negara itu menjadi anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada 2015, menyifatkan penyertaan itu sebagai satu pencapaian yang menggerakkan ekonomi negaranya.
"Keanggotaan itu membantu negara kami mengintegrasi kepada ekonomi dunia dan menyumbangkepada kestabilan ekonomi serta politik.
"Sesuatu yang wajar dikatakan bahawa Afghanistan bersyukur apabila Malaysia mengalu-alukan keanggotaan Afghanistan dalam WTO," katanya.
Penyertaan Afghanistan dalam WTO telah diluluskan pada 2015 dan ia menyertai pertubuhan itu secara rasmi pada 29 Julai, 2016, sebagai anggota ke-164, selepas rundingan terma kemasukan selama hampir 12 tahun.
Atiqullah berkata kedutaan negara itu di sini, dengan kerjasama MITI serta agensi lain, telah menganjurkan Forum Perniagaan Afghanistan-Malaysia pada Mei lepas.
Memorandum Persefahaman untuk menubuhkan Majlis Perniagaan Malaysia-Afghanistan yang bertujuan memperkukuhkan hubungan perdagangan turut dimeterai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2017
Afghanistan melihat negara ini sebagai rakan kongsi berpotensi untuk merealisasikan aspirasi ekonominya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
NATO seru perniagaan bersedia untuk senario waktu perang
Pegawai kanan NATO menyeru syarikat perniagaan untuk bersiap sedia menghadapi senario waktu perang dengan menyesuaikan pengeluaran dan pengedaran bagi mengurangkan kerentanan terhadap ugutan dari Rusia dan China.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Eropah tingkatkan sokongan ketenteraan untuk Ukraine
Negara-negara Eropah akan meningkatkan sokongan ketenteraan kepada Ukraine, menurut Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius, selepas mesyuarat bersama rakan sejawatannya dari Britain, Perancis, Itali, dan Poland.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.