KUALA LUMPUR: Malaysia menyarankan integrasi serantau untuk mengurangkan ketaksamaan sosial dan halangan perdagangan dalam kalangan negara-negara Asia.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penyertaan aktif semua negara Asia boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan dalam ekonomi hijau dengan memanfaatkan infrastruktur mereka yang luas, khususnya dalam pengangkutan.
"Dengan 4.7 bilion penduduk dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak AS$41.3 trilion (AS$1=RM4.78), Asia berpotensi untuk menjadi pusat ekonomi global.
"Melangkah ke hadapan, kita mesti bekerjasama secara strategik dalam sektor pengangkutan, yang penting untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi untuk faedah bersama," katanya pada Forum Pengangkutan Lestari Alam Sekitar Serantau Peringkat Tinggi ke-15 di Asia di sini hari ini.
Fadillah berkata Malaysia telah banyak melabur dalam pengangkutan mampan, menyokong projek pengangkutan awam untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Projek-projek seperti sistem rel bandar dan antara bandar serta Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka menyumbang secara positif kepada usaha ini, katanya.
"ECRL selari dengan matlamat Dasar Pengangkutan Negara untuk mengalihkan pengangkutan barang berat dari jalan raya ke rel, dengan mengurangkan secara ketara pelepasan gas rumah hijau.
"Kerajaan juga menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan mempelawa pihak berkepentingan untuk mengambil bahagian dengan melabur dalam infrastruktur dan penggunaan EV di Malaysia," tambahnya.
Malaysia komited untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor pengangkutan dan negara menyasar mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus daripada KDNK menjelang 2030 berbanding tahap 2005.
Menerima amalan mesra alam dalam pengangkutan adalah bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan bermanfaat untuk mewujudkan model perniagaan mampan yang lebih cekap, tambah Fadillah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
Fadillah berkata penyertaan aktif semua negara Asia boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan dalam ekonomi hijau. - Gambar fail/Astro AWANI
AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka - Gary Shapiro
Revolusi kecerdasan buatan (AI) akan mengubah pasaran pekerjaan tetapi memberi impak positif yang besar kepada manusia dan pekerjaan.
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Malaysia saran integrasi serantau untuk kurangkan jurang sosial, halangan perdagangan
Malaysia menyarankan integrasi serantau untuk mengurangkan ketaksamaan sosial dan halangan perdagangan dalam kalangan negara-negara Asia.