KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik potensi kerjasama dengan Qatar dalam pelbagai bidang seperti bahagian tenaga, minyak dan gas serta sektor perumahan dan pembangunan infrastruktur.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia dan Qatar juga mampu membangunkan strategi sekuriti makanan menerusi kerjasama antara Baladna Food Industries dengan FGV Holdings Bhd dalam pembangunan ladang lembu tenusu di Chuping, Perlis dan di Pahang tidak lama lagi.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata beliau menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani di pejabatnya di Putrajaya pagi tadi.
Ismail Sabri berkata pertemuan itu adalah susulan lawatan rasmi pertama beliau ke Qatar pada Mac lepas.
"Perbincangan yang diadakan hari ini diharap mampu meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan merangka hala tuju mengenai pelbagai isu kepentingan bersama," katanya.
Pada pertemuan itu, Ismail Sabri turut menzahirkan ucapan penghargaan atas sumbangan USD50 juta melalui Dana Qatar untuk Pembangunan (QFFD) bagi kebajikan pelarian Rohingya di Malaysia terutama dalam bidang kesihatan dan pendidikan.
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Qatar yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Lawatan rasmi dua hari Sheikh Mohammed ke Malaysia, yang bermula semalam, antara lain adalah sebagai persiapan awal untuk Lawatan Negara oleh Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani ke negara ini pada 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, hari ini. - BERNAMA
Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
AWANI Ringkas: Bantu negara jadi hebat- PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendatang warga Bangladesh ditahan di sempadan Malaysia-Thailand
Lelaki itu ditahan setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok.
Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.
Limpahan air Sungai Johor memburukkan situasi
Air Sungai Johor di tengah Kota Tinggi berpotensi melimpah, sekiranya hujan berterusan dan air pasang besar terjadi dalam waktu sama.
Penternak digesa kawal haiwan ternakan, elak bahayakan pengguna jalan raya
Penternak digesa mengawal haiwan ternakan daripada berkeliaran di kawasan jalan raya berikutan laporan kematian yang tinggi akibat kemalangan membabitkan binatang peliharaan atau ternakan.
Pegawai tertinggi syarikat penyiaran direman, disyaki terlibat pengubahan wang haram
Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dan seorang wanita ditahan reman di Kuching kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Terbuka Australia: Kehadiran Jannik Sinner, motivasi terbaik buat Carlos Alcaraz
Pemenang empat kali trofi Grand Slam tenis perseorangan lelaki, Carlos Alcaraz menyifatkan persaingan dengan Jannik Sinner yang kini berada di ranking pertama dunia sebagi satu motivasi buatnya.
Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Sistem kod QR akan diperluas di lapangan terbang seluruh negara
Penggunaan kod respons pantas (QR) bagi urusan imigresen akan diperluaskan di semua lapangan terbang seluruh negara.
Malaysia akan manfaatkan FinTech dalam perjanjian perdagangan ASEAN – Tengku Zafrul
Teknologi kewangan (FinTech) boleh berperanan sebagai instrumen utama dalam semua perjanjian yang ditandatangani antara Malaysia dan ASEAN.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala.
ASEAN: Malaysia sasar muktamadkan rangka kerja ekonomi digital tahun ini
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tahun ini untuk mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.