BANGKOK: Malaysia mengesahkan komitmennya terhadap usaha kolaboratif dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi tumpuan kepada perkongsian di seluruh rantau Asia-Pasifik, dengan memanfaatkan kekuatan serantau,
Komitmen itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib dalam kenyataan negara pada Forum Pembangunan Mampan Asia-Pasifik ke-11 (APFSD ke-11.
Ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Pusat SDG Nasional, Kementerian Ekonomi Asfaazam Kasbani.
Beliau menekankan mengenai keperluan mendesak untuk menangani kemiskinan yang diburukkan lagi oleh pelbagai krisis termasuk pandemik COVID-19 yang mengakibatkan peningkatan kemiskinan mutlak negara.
Dalam mendepani cabaran itu, beliau berkata, Malaysia telah mencapai kemajuan ketara dalam mengurangkan kemiskinan tegar melalui inisiatif seperti Inisiatif Pendapatan Rakyat dan Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) yang memberi tumpuan kepada meningkatkan pendapatan dan memperkemas penyampaian bantuan.
"Malaysia akan meningkatkan usaha membasmi kemiskinan melalui pendekatan komprehensif, campur tangan dasar dan program perlindungan sosial yang lebih baik," katanya.
Dalam mengharungi pelbagai krisis, Hanifah berkata, Malaysia komited untuk menerima pakai penyelesaian yang berdaya tahan dan mampan serta menyepadukan dimensi alam sekitar, sosial dan ekonomi.
Beliau berkata, Malaysia menggesa supaya sokongan dan bantuan untuk negara membangun dipertingkat melalui pembiayaan yang mencukupi, pengetahuan teknikal, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti.
"Pencapaian SDG memerlukan kerjasama serantau yang kukuh dan perkongsian transformatif untuk memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan," katanya.
Beliau berkata, Malaysia menyokong penggunaan penyelesaian inovatif dan teknologi digital untuk menangani cabaran pembangunan, meningkatkan produktiviti dan menggalakkan pertumbuhan inklusif.
"Inisiatif seperti Pusat Digital Ekonomi Malaysia (PEDi) akan merapatkan jurang digital dan meningkatkan kualiti hidup di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
Hanifah menekankan mengenai keperluan mendesak untuk menangani kemiskinan yang diburukkan lagi oleh pelbagai krisis termasuk pandemik COVID-19 yang mengakibatkan peningkatan kemiskinan mutlak negara. - Gambar fail/BERNAMA
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
10 Berita Pilihan - (5 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [5/2/2025] – Siasatan Op Sky | Trump mahu Gaza | Pemulihan populasi Harimau Malaya | Laluan haram disekat
- Trump rancang ambil alih Gaza, paksa warga Palestin pindah negara luar
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
Malaysia sahkan komitmen SDG, manfaatkan kekuatan serantau
Malaysia mengesahkan komitmennya terhadap usaha kolaboratif dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
[KOLUMNIS] Sumbangan teknologi nuklear dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari di Malaysia
Teknologi nuklear merupakan antara teknologi yang dimanfaatkan untuk mencapai matlamat SDG.
'Dengar tapi tak beri peluang?' - Anak muda rayu kerajaan ambil serius pandangan demi masa depan
Anak muda merayu Kerajaan terus mendengar suara dan pendapat dalam usaha negara memacu ke arah pembangunan sejajar dengan menyokong agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
MAFI sasar 10 peratus perairan negara dilindungi sebagai Kawasan Perlindungan Marin
Sasaran itu selaras dengan obligasi di bawah Matlamat Pembangunan Lestari, Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025.
'Pelaksanaan agenda SDG 2030 perlu kerjasama semua pihak' - PM
Dalam memenuhi agenda Matlamat Pembangunan Lestari seperti yang dianjurkan PBB, Malaysia, seperti negara-negara lain, perlu terlebih dahulu menangani cabaran perubahan iklim dalam pelaksanaanya.