Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung harapan supaya kerajaan Indonesia tidak memberhentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia, dipetik dan disiarkan secara meluas oleh media Indonesia hari ini.Agensi berita Antara dipetik berkata: "Malaysia Dirugikan Rencana Penghentian Pekerja Indonesia".
Media-media dalam talian di Indonesia juga melaporkan Malaysia akan kerugian jika berlaku pemberhentian pekerja dari Indonesia.
Semalam, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan berharap tidak berlaku tindakan sedemikian berikutan kes penderaan sehingga membawa maut yang berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.
BACA: Amah mati didera: Majikan direman tujuh hari
BACA: Malaysia terkilan rancangan Indonesia henti hantar pembantu rumah - Ahmad Zahid
"Kita (Malaysia) melahirkan rasa terkilan jika benar pihak Indonesia, mengikut laporan media, akan menghentikan penghantaran pembantu rumah ke negara kita disebabkan kes terpencil yang berlaku berhubung penderaan terhadap pembantu rumah," kata Ahmad Zahid.
Media dalam talian di Indonesia sebelum ini melaporkan Jakarta merancang untuk membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia susulan kematian Adelina Lisao, 26, yang didera di rumah majikannya.
Ahmad Zahid dipetik berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Muhammad Hanif Dhakiri bagi membincangkan semula soal keselamatan pekerja dan pembantu rumah warga Indonesia di Malaysia.
Sementara itu Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap kes-kes penderaan, apatah lagi yang membabitkan kematian pekerja Indonesia di Malaysia.
Beliau berkata siasatan rapi dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang terbabit.
"Saya ingin mengungkapkan ucapan belasungkawa dan simpati atas kejadian yang terjadi kepada Adelina, tenaga kerja Indonesia yang meninggal dunia dan dipercayai akibat disiksa."Kerajaan Malaysia melalui Polis Diraja Malaysia sedang melakukan siasatan dalam kes ini. Sekiranya terbukti bersalah, pelaku yang menyebabkan kematian ini akan menghadapi hukuman yang amat berat iaitu hukuman mati kerana kes ini diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2018

Media dalam talian di Indonesia sebelum ini melaporkan Jakarta merancang untuk membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia susulan kematian Adelina Lisao, 26, yang didera di rumah majikannya. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Dakwaan dera amah Indonesia, kerajaan jamin akan berlaku adil - Hamzah
Kerajaan memberi jaminan akan berlaku seadilnya dalam kes membabitkan seorang pembantu rumah Indonesia yang mendakwa didera oleh majikannya.

Ibu dan anak didakwa eksploitasi, dera amah
Wanita dua beranak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan kekerasan terhadap pembantu rumah wanita warga Kemboja Februari lalu.

Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir
Mahkamah tidak akan berkompromi lagi kerana setiap kali ditetapkan untuk perbicaraan kes, Rozita Mohamad Ali, 46, tidak hadir atas alasan sama iaitu sakit asma dan lutut.

Rogol amah: Mangsa sedia lalui proses perbicaraan
Sabda Tian berkata, keadaan wanita berusia 23 tahun itu semakin pulih sepanjang berada di bawah pemantauan Kedutaan.

Kes bunuh amah digugur, Konsulat Indonesia tuntut penjelasan
Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Iwanshah Wibisino berkata, pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada pihak berkenaan dan menunggu maklum balas.

Peguam Negara akan siasat isu gugur kes bunuh amah - Steven Sim
"Keputusan mahkamah atas kes Adelina cukup tragis - se-tragis kematiannya," kata Steven dalam satu kenyataan media semalam.

'Mana keadilan untuk Adelina?' - Tenaganita kecewa majikan dilepaskan
Menurut laporan akhbar Kwong Wah Daily, suspek berusia 60 tahun itu dibebaskan daripada hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Jumaat.

Ibu Adelina Lisao kembali menuntut keadilan
ibu Adelina keluar semula untuk menuntut keadilan oleh kerana kes penderaan lain yang timbul di Mahkamah Malaysia.

Amah berusia 16 tahun didera hingga mati
Kes penderaan dan pembunuhan seorang amah berusia 16 tahun menimbulkan kemarahan orang ramai di Pakistan.

Indonesia harap yuran birokrasi amah dikurangkan - Duta
Beliau akan mencadangkan perkara itu kepada kerajaan Malaysia bagi memastikan majikan negara ini dapat mengambil amah terlatih pada kadar yang lebih murah.