WASHINGTON DC: Malaysia meraih pelaburan bernilai hampir RM2 bilion daripada syarikat semikonduktor, TF AMD Microelectronics (Penang) Sdn Bhd susulan penyerahan surat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kepada syarikat itu pada Khamis.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelaburan itu untuk pelan pengembangan syarikat, yang akan mewujudkan 2,000 pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia.
"Ini sejajar dengan hala tuju Malaysia ke arah menggalakkan inovasi dan nilai tambah berimpak tinggi untuk perniagaan tempatan dan kekal sebagai hab pembuatan di rantau ini," katanya dalam Twitter selepas menyaksikan majlis penyerahan itu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini pada Khamis.
Surat kelulusan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Arham Abdul Rahman kepada Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan Bendahari TF-AMD Datuk Devinder Kumar.
Menurut Azmin, TF-AMD telah melabur kira-kira RM900 juta di Malaysia setakat ini.
"Devinder telah menyatakan komitmen syarikat untuk mewujudkan peluang kerjasama dengan vendor dan universiti tempatan.
"Ini termasuk menyasarkan untuk menggaji lebih 2,000 pekerja tambahan kebanyakannya daripada latar belakang sains dan teknikal serta membangunkan vendor tempatan dalam tempoh lima tahun akan datang dalam bidang Industri 4.0, automasi dan perkhidmatan kejuruteraan," katanya.
Azmin berkata perjalanan pertumbuhan TF-AMD dengan Malaysia menjangkau lima dekad dan telah melabur di Malaysia dalam pelbagai bahagian rantaian nilai semikonduktor sepanjang tempoh itu.
"TF-AMD telah memainkan peranan penting dalam membangunkan kapasiti dan keupayaan yang kita saksikan dalam ekosistem semikonduktor Malaysia hari ini," katanya.
Beliau berkata dengan pengetahuan yang dibawa oleh TF-AMD, pengembangan strategik akan membuka peluang yang luas bukan sahaja menyediakan pekerjaan berkemahiran tinggi, tetapi turut mewujudkan tenaga kerja yang baik melalui program latihan, inisiatif peningkatan kemahiran dan latihan semula.
"Saya optimis bahawa kerjasama ini akan menyaksikan 50 tahun lagi dan saya berharap untuk berada dalam perjalanan pertumbuhan ini dengan TF-AMD.
"Kepada TF-AMD, saya katakan: Kami menghargai kerjasama anda dan kami menantikan 50 tahun lagi di Malaysia," katanya dalam Twitter.
Sementara itu, Arham berkata pihaknya menantikan sumbangan daripada TF-AMD untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia, lebih banyak peluang untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mereka menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan serta peluang kerjasama dengan vendor dan universiti tempatan.
"Ini sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional Malaysia, apabila kami menyasarkan lebih banyak projek berteknologi tinggi, berteraskan modal dan pengetahuan ke Malaysia," katanya kepada Bernama di luar majlis penyerahan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022
Ismail Sabri (dua, kiri) dan Mohamed Azmin (dua, kanan) menyaksikan penyerahan surat kelulusan oleh Arham Abdul Rahman (kiri) kepada Devinder Kumar. -Bernama
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah - Polis
Siasatan kes kematian Muhammad Nidza Afham tidak menemui sebarang unsur jenayah dan ia diklasifikasikan sebagai sebagai mati mengejut (SDR).
Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma
Tindakan seorang pelajar jurusan undang-undang menukar kod QR peribadi pada tabung derma sebuah kuil akhirnya terbongkar apabila dia berjaya ditangkap polis baru-baru ini.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
Fahmi nafi arah Google nyahaktif ciri graf penukar ringgit
Menjawab tuduhan seorang pengguna X, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi platform sama menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan penyedia perkhidmatan itu berbuat demikian.
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.